PM Najib lulus peruntukan RM400,000 untuk naik taraf jalan raya, sistem lampu trafik di persimpangan Rasa, Hulu Selangor.
Memorandum menaiktaraf persimpangan Rasa telah diserahkan oleh Datuk Wing Kun Moon, penyelaras Barisan Nasional bagi DUN Kuala Kubu Bharu kepada Perdana Menteri.
Sebelum meninjau persimpangan Rasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melawat pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rasa dengan kos bernilai RM5.4 juta.