The Economist tidak seharusnya menipu dunia dengan berita palsu
Telah disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi bahawa Derma RM2.6B diketahui kerajaan Arab Saudi dan ianya sudah pun dipulangkan lama dahulu.
Mengapa pula The Economist masih lagi mahu memfitnah & juga menghuru-harakan keadaan?
-----------------------
Surat kepada Editor
The Economist
Edisi Bercetak | 15 Mac 2018
Politik Malaysia
Artikel anda baru-baru ini mengenai Malaysia merupakan satu kesilapan yang besar dan mempamerkan pemikiran yang sombong dan kolonial anda, menghina perdana menteri kami, kerajaan, polis, badan kehakiman, suruhanjaya pilihanraya, media dan juga kepada para pengundi. ((“Stop, thief!”, “Tilting the playing field”, March 10th).
Sebagai contoh, Badan Kehakiman Amerika tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Najib Razak, “melesapkan” dana, juga Najib tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dana terbabit merupakan “hadiah daripada penderma yang tidak dinamakan”. Malah Perdana Menteri dan pegawai rasmi yang lain menyatakan bahawa dana terbabit, yang sebahagian besarnya telah dikembalikan semula, merupakan derma daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi. Kenyataan ini telah disokong oleh Menteri Luar Arab Saudi, secara umumnya menyatakan bahawa dana itu merupakan “sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa pulangan” dan pihak berkuasa Saudi telah isytiharkan kes terbabit ditutup.
Secara berasingan, dengan mengeluarkan kenyataan bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk menampung peningkatan penduduk merupakan “penipuan sistem” mendedahkan sikap berat sebelah anda kepada negara-negara barat dan seluruh dunia. Tuduhan anda membayangkan bahawa banyak negara demokrasi melakukan kesalahan yang sama, tidak seperti Britain, di mana perubahan penting kawasan pilihan raya telah dijangka bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang. Di Malaysia, perubahan ini telah dicadangkan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas dan telah diluluskan oleh badan judisiari, di mana kesaksamaannya dibuktikan melalui fakta bahawa keputusannya seringkali bercanggah dengan pendirian kerajaan dan menteri-menteri kanan.
Sejak Najib Razak mengambil alih pemerintahan pada 2009, kadar pendapatan negara kasar Malaysia telah meningkat sebanyak 50%, 2.3 juta pekerjaan telah diwujudkan, kadar pengangguran dan inflasi terus kekal pada tahap rendah dan kadar kemiskinan berjaya dikurangkan. Sesungguhnya, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang pantas sehinggakan Bank Dunia terpaksa meningkatkan anggarannya untuk pertumbuhan negara kita kepada tiga kali ganda lebih daripada 2017, kepada 5.8%. Perancangan kerajaan untuk kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran Malaysia dan penduduknya berjaya dilaksanakan.
Ini merupakan kisah benar Malaysia. Laporan anda memperlihatkan ia berasaskan kepalsuan semata-mata yang dikeluarkan oleh parti pembangkan dan penyokong merkea bagi meraih sokongan politik untuk meghadapi pilihan raya akan datang.
https://youtu.be/KjtuF4aeaXo
DATO’ AHMAD RASIDI HAZIZI
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
London
-----------------------
Letters to the editor
*The Economist*
Print edition | Mar 15th 2018
Malaysian politics
Your recent articles on Malaysia contained serious errors and reeked of an arrogant colonial mindset, disparaging our prime minister, government, police, judiciary, election commission, media and even our voters (“Stop, thief!”, “Tilting the playing field”, March 10th).
For example, America’s Department of Justice never accused Najib Razak, the prime minister, of “siphoning” off funds, nor has Mr Najib ever suggested that the funds were a “gift from an unnamed admirer”. In fact, the prime minister and numerous officials have stated that the funds—the vast majority of which were returned—were a donation from the royal family of Saudi Arabia. This has been confirmed by the Saudi foreign minister, who has publicly stated that the funds were “a genuine donation with nothing expected in return” and that the Saudi authorities consider the matter closed.
Separately, to suggest that the redrawing of electoral boundaries to account for population growth is somehow “rigging the system” reveals your double standards for Western countries and the rest of the world. Your allegation would imply that numerous democracies are guilty of the same charge, not least Britain, where significant constituency changes are expected in advance of the next election. In Malaysia these changes were proposed and implemented by the independent Election Commission and subsequently approved by the judiciary, whose impartiality is evidenced by the fact that it frequently rules against the government and senior ministers.
Since Najib Razak took office in 2009, Malaysia’s gross national income has increased by more than 50%, 2.3m jobs have been created, unemployment and inflation have been kept low and poverty reduced significantly. Indeed, the Malaysian economy is growing at such a fast rate that the World Bank had to increase its estimates for our growth three times over 2017, to 5.8%. The government’s plan for the economic well-being and security of Malaysia and its people is delivering.
This is the true story of Malaysia. Your reporting appears to have been based exclusively on falsehoods pushed by opposition parties and their sympathisers for political gain ahead of the coming election.
DATO’ AHMAD RASIDI HAZIZI
High commissioner of Malaysia
London
---------------------