Itu Tokong sudah manyak desperate.
Di dalam sidang akhbar, Tokong Lim Guan Eng keluarkan photo Wong Chun Wai dengan Dato Sri' Gnanaraja untuk cuba samakan gambar Tokong dengan suspek SPRM yang telah menerima bayaran RM19 juta dari syarikat terowong Pulau Pinang untuk cubaan menutup kes rasuah projek bernilai billion ringgit.
Wong Chun Wai pula memberi tamparan hebat kepada Tokong. Dia kata dia ada pakai kasut!
Wong juga boleh menyatakan tarikh bila dan di mana dia ambil gambar dengan suspek itu.
Tokong boleh juga atau tidak? Tokong ada pakai kasut atau tidak?
---
Wong Chun Wai: Kenyataan Akhbar sebagai respon kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang menunjukkan gambar saya dengan suspek SPRM pada sidang akhbar hari ini - 14 Mac 2018.
Sebagai pengamal media yang terkenal dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, saya bertemu dengan semua orang dalam tugas seharian saya. Banyak kali, saya diminta untuk bergambar bersama dengan mereka, yang kebanyakannya tidak saya kenali. Saya tidak tahu orang ini terlibat.
Foto saya yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri itu diambil pada malam 8 Ogos 2017 di Malam Anugerah Hartanah StarProperty.my 2017 (SREA 2017) yang diadakan di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. Acara itu dianjurkan oleh Star Property, yang merupakan anak syarikat SMG.
Seperti yang terbukti dalam foto ini di mana terdapat lebih daripada dua orang hadir, ini adalah acara umum dan bukan di kediaman persendirian seseorang.
Saya memakai jaket makan malam hitam dan pastinya memakai kasut saya ketika gambar itu diambil.
Wong Chun Wai.