1. Sudahlah himpunan tidak dapat sambutan, tujuan himpunan pun tidak makruf, untuk menghina pemerintah.
2. Menjadikan lebih hina lagi, Madey sehingga sanggup mengkafirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
3. Lihat minit ke 0.41, Madey menuduh DS Najib tidak lagi menyembah Tuhan. Tidak lagi menyembah Allah. Subhanallah.
Lihat video:
4. Mengkafirkan seseorang bukan perkara yang ringan. Jika tuduhan kafir tersebut tidak benar, ia akan kembali kepada penuduh. Ia akan kembali kepada Madey semula.
5. Sabda Nabi ﷺ,
أَيَّمَا رَجُلٍ قَالَ لأخِيهِ : يا كَافِر، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أحَدَهُمَا إنْ كَانَ كَمَا قَالَ ، وَإلا رَجَعَتْ عَلَيْهِ
"Barangsiapa berkata kepada saudaranya "Wahai kafir", maka pengkafiran itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka; sama ada ungkapan itu benar atau ia akan kembali kepadanya." [HR Bukhari & Muslim].
6. Sabda Nabi ﷺ lagi,
لا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلا بِالفُسُوقِ ، وَلا يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ إلا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ ، إنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
"Tidaklah seseorang itu menuduh seorang yang lain sebagai fasik atau mengkafirkannya melainkan ia akan terpantul semula kepadanya sekiranya saudaranya tidak sebegitu." [HR Bukhari].
7. Aku yakin Perdana Menteri kita masih lagi Muslim, masih belum lagi kafir dan masih lagi menyembah Allah سبحانه و تعالى.
8. Aku khuatir tuduhan kafir itu telah pun terpantul kembali kepada diri Madey.
9. Budaya kafir-mengkafir tidak baik untuk semua. Sejarah telah membuktikannya. Tidak usahlah diteruskan lagi. Bahkan ia adalah antara ciri-ciri khawarij yang paling utama.
10. Bertaubatlah Madey. Jangan jadi takfiri. Jangan jadi khawarij.
#UB
#JanganJadiKhawarij
#KamiGengNajibRazak
#KhawarijAnjingNeraka
#TaatPemerintahDalamHalMakruf
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
----------