Wang Di Switzerland Bukan Hak Kerajaan, Rakyat Malaysia

Yang timbulkan cerita cuma Ahli Parlimen Swiss bukan Menteri Swiss, bukan jurucakap Kerajaan.

Kaki goyang pokok untuk cari makan juga. Pelobi politik Barat lagi dahsyat, tidak percaya tanya Tun Mahathir berapa bayar jumpa Bush.

Ahli Parlimen barat pun macam-macam, macam sini juga.

Ada yang masuk air macam Mat Sabu dan Mahfuz Omar; Ada otak belit macam Khalid Samad dan Hanifa Maidin; dan ada juga macam Lim Guan Eng dan Azmin Ali terjerit rasuah sana sini, dia pun “terpalit” sama.

Masalah orang Malaysia bila orang tu nama “barat”, Ahli Parlimen negara sana, ada yang anggap seolah-olah kenyataan ahli parlimen sana tu setaraf nabi. šŸ˜‚

--------------
Wang Di Switzerland Bukan Hak Kerajaan, Rakyat Malaysia

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa wang berjumlah CHF104 juta (RM430 juta) yang berada dalam Perbendaharaan Persekutuan Switzerland tidak dimiliki warga Malaysia.

Dalam satu kenyataan, MOF menjelaskan bahawa ia turut tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kerajaan

“Ia susulan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di negara ini tidak menunjukkan atau mengesan dana hilang daripada 1MDB.

“Oleh itu, RM403 juta bukan wang milik Kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi atau syarikat berkaitannya,” katanya.,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan mengutus surat kepada ahli-ahli Parlimen Switzerland supaya memulangkan wang itu kepada rakyat Malaysia.

Pengubal perundangan negara itu dijangka membentangkan usul berkenaan wang itu di Dewan Rendah parlimen pada minggu ini.

Pada masa sama, kementerian turut dimaklumkan wang terbabit sebenarnya mewakili jumlah keseluruhan denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan Switzerland ke atas pelbagai bank kerana melanggar undang-undang negara berkenaan.

“Kami diberitahu denda yang dikenakan dipertikaikan oleh bank swasta Switzerland dan kini dalam proses rayuan kepada Mahkamah Switzerland supaya dilepaskan daripada tindakan apa-apa tindakan salah,” kata kenyataan itu lagi.



----------