Akta AntiBerita Tidak Benar Berkuatkuasa Hari Ini

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah diwartakan dan berkuatkuasa hari ini selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong pada 9 April 2018.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, akta ini merupakan sebuah Akta berunsur pencegahan (deterrence) bagi memberi mesej yang jelas bahawa setiap individu hendaklah bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar, sihat dan sahih.

“Akta ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di dunia yang memberi kuasa kepada Mahkamah untuk menentukan sesuatu berita itu benar atau tidak benar.

“Akta ini juga bersifat quasi criminal, yang turut memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat perlindungan melalui permohonan perintah mahkamah untuk menurunkan sesuatu berita tidak benar yang memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak.

“Ini bagi memastikan hak kepada rakyat yang menjadi mangsa mempertahankan diri mereka untuk mendapat keadilan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azalina Secara keseluruhanya, Akta ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada penyebaran cepat berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam sekaligus memastikan keselamatan Negara terus terpelihara. 

Untuk rekod akta ini telah dibentang dan dibahaskan dan seterusnya diluluskan di Dewan Rakyat pada sidang penggal keenam baru-baru ini iaitu pada 2 April selama dua hari.





#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#RespectMyPM #BarisanProRakyat
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati