Drama terbaru Mahathir

Mahathir cuba membuat drama yang dia akan ditembak dan dibunuh oleh Najib.

Ini mengimbau kembali kepada kisah insiden penembakan 3-19 (Cina: 三 一九 槍击 事件) adalah percubaan pembunuhan Presiden Chen Shui-bian dan Naib Presiden Annette Lu semasa mereka berkempen di Tainan, Taiwan pada 19 Mac 2004 , sehari sebelum pilihan raya presiden Taiwan. Kecederaan mereka tidak mengancam nyawa, dan Chen dan Lu keluar dari Hospital Chi-Mei pada hari yang sama tanpa mengalami 1hilang kesedaran atau menjalani pembedahan.


Serangan itu menimbulkan kejutan dan kegelisahan di Taiwan. Ramai orang yang percaya kejadian itu palsu untuk memenangi simpati pengundi dalam pilihan raya akan datang, dimana Chen dan Lu menang dengan 29,500 undi.

Ramai yang menggambarkan kejadian itu sebagai satu kemelut yang dirancang untuk meningkatkan simpati kepada Chen dan memenangi pilihan raya, dengan alasan bahawa kecederaan yang berlaku ke atas Presiden dan Naib Presiden mungkin tidak seberapa dan menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak kena dalam kronologi peristiwa, bukti fizikal dan fotografi.

Adakah Mahathir merancang kejadian yang sama atau tiba-tiba jatuh sakit untuk mendapatkan undi simpati dalam cubaan memenangi pemilihan?

Walau bagaimanapun , Chen Shui-bian berasal dari Parti Progresif Demokratik (DPP) secara fizikalnya kelihatan seperti Lim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) - dengan kedua-duanya mempunyai gaya rambut brylcreem yang sama dan bercermin mata.

Chen Shui-Bian menang selepas dia sering menuduh parti Kuomintang yang memerintah korup tetapi pada akhirnya dia didakwa dan menerima hukuman seumur hidup untuk penggelapan, rasuah dan pengubahan wang haram.



--------------
Rujukan:

#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati