Mahathir kantoi menipu tentang syarikat The Loaf

Apabila The Loaf gulung tikar, tiba-tiba Mahathir menipu bahawa dia tidak memilik saham dalam Syarikat roti The Loaf.

Mungkin dia terlupa. Tetapi semua dokumen ini membuktikan beliau memiliki lebih daripada 10 juta saham dalam syarikat itu seperti yang telah difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sekarang dia boleh menuntut kembali sahamnya walaupun dia "terlupa" dia memiliki syarikat itu.

----------------

Pagi ini, Tun Dr Mahathir menafikan bahawa beliau memiliki saham dalam kedai roti premium, The Loaf, yang telah menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Sekian lama, Tun Mahathir telah memberitahu bahawa The Loaf ialah syarikat beliau tetapi tiba-tiba bila syarikat itu gulung tikar, dengan kerugian RM32 juta, Mahathir pula menafikan beliau memiliki saham.

Ini tidak benar. Rekod SSM menunjukkan bahawa Mahathir milik 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources yang merupakan pemilik "The Loaf".

Mahathir juga merupakan pengarah syarikat itu.

Selain dari itu, Mahathir juga berkata beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ini juga tidak benar. Mahathir juga pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor - yang dua-duanya syarikat pembuatan kapal terbang.

Mahathir juga pemilik ketiga besar dalam Hotel bertaraf lima bintang Palace of Golden Horses berhampiran kediaman beliau.

Bukti-bukti sahih seperti screenshot berikut:







---

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#TolakPKR
#TolakLogoPKR