Mahathir temberang lagi, projek RM 50-60 billion (USD 16 bilion) difitnahnya RM 110 juta (USD 28 bilion)
1. Saya yakin ramai yang terkilan apabila projek High Speed Rail Kuala Lumpur - Singapura dibatalkan. Terkilan kerana impian untuk memiliki kereta api secepat 300 km/jam terkubur. Padahal kononnya kita ingin menjadi seperti negara-negara maju dengan sistem pengangkutan awam yang moden, pantas dan tepat waktu.
2. Di sana kereta api cepat panjangnya puluhan ribu kilometer. Bahkan mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi yang lebih maju supaya kecepatan menjangkau 500 km per jam.
3. Lupakanlah impian untuk 'memiliki' Shinkansen seperti di Jepun yang panjangnya 2800 km. Lupakanlah TGV di Perancis dengan panjang laluan sejauh 2600 km dengan kecapatan 570 km sejam. Lupakanlah Korea Selatan, United Kingdom dan Sweeden yang memiliki jaringan kereta api laju sejauh 1000 kilometer. Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan China yang memiliki kereta api laju sepanjang 25 000 kilometer atau Amtrak di Amerika Syarikat sepanjang 30 000 km.
4. Lupakan semua itu kerana 'negarawan terulung' lebih rela membayar RM 500 juta sebagai denda pembatalan projek Malaysia-Singapura itu. Beliau lebih berminat dengan nostalgia Jembatan Bengkok, lebuh raya bertol yang mengayakan para kroni atau LRT yang terpaksa di bailout oleh Prasarana milik kerajaan berbillion-billion ringgit setelah berjaya menghasilkan beberapa jutawan segera pada penghujung tahun 1990an.
5. Lebih menghairankan adalah alasan pembatalan projek HSR KL - Singapore tersebut iaitu kosnya dikatakan mencecah RM 110 billion. Rujuk di sini : https://www.businesstimes.com.sg/government-economy/malaysia-drops-high-speed-rail-project
6. Hello, itu angka datang dari mana? Selama ini kita tahu keseluruhan kos projek tersebut hanya sekitar RM 50-60 billion! Rujuk di sini :
Juga di sini https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/06/track-for-350km-kl-singapore-hsr-may-cost-rm40m-per-km/
7. Inilah akibatnya bila para taikun diajak untuk 'membina negara'. Yang terjadi adalah kos naik sekali ganda entah angka dari mana! Inilah akibatnya bila menabalkan manusia egois dan pantang kalah ke puncak kuasa. Hanya pendapatnya saja yang betul dan hanya legasinya saja yang ingin dikenang. Rakyat dilupakan, keuntungan sendiri diutamakan. Sungguh mengecewakan! 😢
#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib