#FaktaBukanAuta #Dosa-DosaMahathir #MalaysiaMemilih #PenyamunForex
Agak menggelikan hati bila Perdana Menteri Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak akan muflis kerana mempunyai simpanan yang besar seperti KWSP dan institusi lain (saya rasa dia maksudkan Petronas).
Mahathir cakap seolah-olah sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya dan membentuk Kerajaan, KWSP mempunyai simpanan yang kecil.
Ini juga bukti bahawa tuduhan wang KWSP disonglap atau disalahguna oleh Kerajaan sebelum ini tidak berasas.
Simpanan atau caruman KWSP meningkat setiap tahun:
๐ฆ๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ช๐ฆ๐ฃ ๐บ๐ฒ๐ป๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป:
2010: RM407.6 billion
2011: RM445.9 bilion
2012: RM489.3 bilion
2013: RM538.6 bilion
2014: RM598.6 bilion
2015: RM614.2 bilion
2016: RM704.3 bilion
2017: RM768.5 bilion
Sebahagian simpanan ini dilaburkan di dalam hutang (bon) Kerajaan kerana aset seperti bon Kerajaan mempunyai risiko yang sangat rendah dan menjamin pulangan yang konsisten kepada Kerajaan.
Jumlah pelaburan KWSP di dalam hutang (bon) atau sekuriti kerajaan adalah:
๐๐๐บ๐น๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ช๐ฆ๐ฃ ๐ฑ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ต๐๐๐ฎ๐ป๐ด (๐ฏ๐ผ๐ป) ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต:
2010: RM118.5 bilion
2011: RM124.6 bilion
2012: RM131.7 bilion
2013: RM145.8 bilion
2014: RM151.8 bilion
2015: RM163.5 bilion
2016: RM163.5 bilion
2017: RM187.7 bilion
Daripada pelaburan di dalam hutang kerajaan ini, KWSP menerima pendapatan stabil dan konsisten setiap tahun berbanding pasaran saham yang tidak menentu (volatile). Jadi apabila pasaran saham tidak memberangsangkan, KWSP tetap menerima pulangan daripada hutang kerajaan melalui faedah yang dibayar setiap tahun (2 tahun sekali).
Sebab itu saya kata bila Tabung Harapan diwujudkan untuk mengutip sumbangan bagi tujuan membayar hutang negara sahaja, ianya sesuatu yang tak logik dan tak masuk akal kerana anda menyumbang wang untuk membayar hutang negara kepada diri anda sendiri melalui dividen yang dibayar KWSP setiap tahun.
Tetapi agak menggerunkan juga bila teringat simpanan-simpanan seperti ini digunakan untuk menyelamatkan (bail out) kroni dan keluarga seperti yang berlaku 20 tahun lepas seperti Petronas melalui MISC yang menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad milik anak Mahathir, Mirzan dan juga KWSP yang digunakan untuk menyelamatkan Time Dot Com, syarikat LRT yang asalnya milik kroni.
https://pakdin.my/?s=Mahathir+kronihttps://pakdin.my/najib-jangan-jarah-dana-petronas-atau-bagi-misi-bail-outs/
๐ ๐๐ป๐ด๐ธ๐ถ๐ป ๐ ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ต๐ถ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐๐น, ๐บ๐๐ป๐ด๐ธ๐ถ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฐ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฝ ๐๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฟ๐ผ๐ป๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ-๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐๐ณ๐น๐ถ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐ช๐ฆ๐ฃ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐ป๐๐ฎ๐ถ ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ธ. ๐ค
Rujukan:
1. Dr Mahathir kata Malaysia tak akan muflis di bawah Pakatan - The Malaysian Insight: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/53983
2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2018/4/xls/5.3.xls
3. MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir's Son - Wall Street Journal: https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500
Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215979736984271&id=1173231958