CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL

#KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta #BapakPenyanunNegara #BapakKroniNegara

China Communications Construction Company (CCCC),
kontraktor untuk Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), kecewa kerana kerajaan telah menggantung semua kerja projek itu.



Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia tidak mempunyai pilihan tetapi mematuhi perintah itu.



"Walaupun tempoh penggantungan belum ditentukan, kami bimbang akan menanggung kos tambahan, kerugian dan ganti rugi yang timbul daripada penggantungan," katanya dalam kenyataan itu.



"Kami kecewa dan bimbang tentang nasib 2,250 pekerja tempatan kami, serta beberapa ratus kontraktor, pembekal dan firma perundingan," katanya.



Terdahulu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah memberitahu CCCC untuk menangguhkan kerja di projek keretapi sepanjang 688.3 km dengan alasan kepentingan negara.



Penggantungan itu berlaku sehari selepas Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kos akhir projek ECRL adalah RM81 bil dan CCCC perlu mengurangkan kos pembinaan dengan ketara untuk menjadikannya berdaya maju dari segi pembiayaan.



Projek ECRL mulanya diluluskan oleh Kerajaan pada 21 Okt 2016 sementara perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ditandatangani dengan CCCC pada 1 Nov 2016.



Skop projek asal adalah untuk membina landasan keretapi dari terminal pengangkutan bersepadu di Gombak, Selangor ke Wakaf Bharu di Kelantan dengan kos RM46 bilion.



Pada 13 Mei tahun lalu, pentadbiran terdahulu menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk melaksanakan Fasa 2 projek itu untuk memperluaskan laluan dari ITT Gombak ke Pelabuhan Klang untuk RM9 bilion. Menjadikan jumlahnya RM55 bilion.



Ini bertentangan dengan pembohongan Daim Zainudin yang mengatakan kos sebenar adalah RM66 bilion dimana kos RM55 bilion tidak termasuk sambungan sehingga ke Pelabuhan Klang.



CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL




Rujukan:









10 comentários

Esok kos tmbh lg..msuk lg poket atuk..

tu syarikat kerajaan china.. kau tgk la china buat ape lpas ney.. sawit getah durian smua akan jdi berlmbak sbb china tak nak beli.. yg terkesan spe? orang felda dan orang kg.. smua tu siapa.. melayu bai melayu.. bukan cina.. yg mmpus melayu jgk

Bincang semula kos meningkat. Lepas tu kononnya fasa itu ini. Perompak duit rakyat. Bodoh mahacai

Tindakan berani Tun M yg tak gentar dgn sapa ² kecuali Allah.Dulu Tun belasah Soros,Yahudi and the gang.La ni Tun pulas telinga Komunis laknatullah yg cuba membaham Malaysia secara senyap ² hasil kebodohan rejim KLEPETokrasi dulu.

LIMBABIENG nak SAMUN duit ECRL pulak NAK TAMBAH kos BERBILLION lagi.....tunggu je ....PH HARAMJADAH ni mana ada kerja lain dah.....MOF KORUPT

Ko ada fikir ke sapa yang akan kena tempias lepas ni???

mcm bil letrik la.dlu bantah.bile dpt pegang..naikkan pulak...xde ke yg dok guling2 dlu nak bantah kali ni..klau brdebat ckp komersal la.domestik la..salahkan krajaan dlu prjanjian itu ini..at least.diorang janji xkan ade kenaikan smpaib2020 klau x silap..sme mcm ecrl la..tarik dlu nampk mcm tunai manifesto.pastu kaji..teruskan balik atas persetujuan dan prjanjian krajaan dlu..tingkatkan kos....setel...dua2 isu ni impaknye x lain x bukan....da tntu la penghuni zoo negara mkanan kne catu sbb kos naik...hahahahahaha....

Jangan main-main dengan China... Sekali dia bertindak balas ekonomi Malaysia boleh jahanam. Ingat dia heran ke dengan projek kat Malaysia ni. Ada banyak lagi negara yang berminat berniaga dengan negara China ni. China sekarang kuasa ekonomi baru. Bukan Jepun lagi. China tu tengah tunggu je lampu hijau dari Thailand untuk buat terusan di Thailand. China ada teknologi nak buat. Kalau jadi esok jahanamlah ekonomi negara.

Lau btul2 brani sekat barangan china msuk mlsia..tgok peniaga2 barangan china meroyan tak.....