Memalukan - Kenyataan media PDRM tak selari fakta, kata polis Macau

#FaktaBukanAuta #TakMenipuBukanPH #KERAjaanTomato #PakatanpHitnah #MacaiPHundecated

Fuzi berkata minggu lalu bahawa Low melarikan diri ke Macau selepas polis Malaysia tiba untuk mencarinya di Hong Kong.



Sudah-sudahlah menipu rakyat apatahlagi macai tomato yang 'uneducated'
................



(Malaysiakini) – Polis Macau mempertikai kenyataan media oleh polis Malaysia berhubung permintaannya untuk mendapat bantuan bagi menangkap ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Low Taek Jho.



Dalam kenyataan dikeluarkan kepada wartawan tempatan yang diterima Malaysiakini, Jabatan Polis Persekutuan Macau berkata ia kesal apabila polis Malaysia menyebarkan “berita mengenai Macau yang tidak sejajar dengan fakta,”.



Bagaimanapun, pihak berkuasa itu tidak mengulas lanjut.



“Interpol China cawangan Macau telah menerima permintaan dari negara yang berkenaan dan telah memberikan jawapan.



“Bagaimanapun, individu bertanggungjawab atas pernyataan media baru-baru ini oleh pasukan polis negara yang berkaitan tentang berita mengenai Macau adalah tidak sejajar dengan fakta.



“Pasukan polis sangat kesal mengenai perkara ini. Mengikut peruntukan undang-undang, polis Macau tidak secara terbuka mendedahkan maklumat masuk dan keluar individu,” kata kenyataan itu.



Malaysiakini telah menghubungi polis Macau untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai maklumat khusus yang didapati tidak tepat itu.



Terdahulu hari ini, polis Macau mengesahkan menerima permintaan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap Low.



Dalam satu sidang akhbar pagi ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengumumkan Bukit Aman telah membuat permintaan rasmi kepada polis Macau untuk membantu menangkap Jho Low bagi membantu siasatan terhadap 1MDB.



Low yang sering disebut sebagai Jho Low merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.



Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa dalam saman sivilnya bahawa ahli perniagaan itu terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB.



Dia dituduh menggunakan dana itu untuk membeli kapal persiaran mewah, The Equanimity; barang kemas untuk model Miranda Kerr; dan juga kalung berlian merah jambu berharga AS$ 27.3 juta untuk isteri Malaysian Offcial 1 (MO1).



DOJ mendakwa berlian merah jambu itu dibeli menggunakan AS$ 620 juta yang didakwa MO1 telah dikembalikan kepada penderma keluarga diraja Arab, tetapi sebaliknya disalurkan ke akaun yang didakwa dikawal oleh Low.



MO1 dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.



https://www.malaysiakini.com/news/433610

.....................
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/jho-low

http://pakdin.my/tag/1mdb

33 comentários

Xsejajar dan x selari macam mana....xfaham......boleh bagi pencerahan.....

PDRM Menipu rupenye..saje nk tunjuk yg deorg tgah kije kuat nk tangkap Jho Low le tu..

Dah tu.....semua dah jadi penipu........sampai bila aku nak temgok drama je ni min.....bosan lah.....arap najib cepat counter saman dan dakwa mereka semua ni.....takut atok x sempat meringkuk kan rugi

Buat malu aje😂😂😂😂😂

Dh menipu belaka ni ape cite...tanye inspector sahab tu...

Mau sembunyi Jho Low ke atau Jho low mau lari kih kih

Kerajaan cam main pondok2 ..wakakakak

Pelik aihh...jamal buleh dapat, jho low plak yg kononnya dikatakan Pm ada membuat panggilan mohon setel tepi tapk x dapat trace ktne? Membongak je kajaan baru ni..nipu kuat..

Jho Low tu xkan dapat punya......mana la madey nak tangkap anak kawan a.k.a kroni sendiri.......alamat terbongkarlah rahsia...yg aku takutkan Jho Low tu di upah Madey jd kambing hitam 1mdb.....kalau x,xkan lah jamal yg kes boleh bayar cuma rm400 dpr tangkap...yg sekor ni xdpt

Mlysia sekarang memang tidak mengikut fakta cuma ikut arahan gomen ph melulu sahaja.PDRM Boleh buat apa jika arahan dari pehak pemerintah.Boleh buat alasan "saya tak tahu.Tanya Polis".😂😂😂😂😂

Ooo patot la susah sgt nk cekup....takot kantoi lettewww

Selepas, SPRM, Peguam Negara... Polis pun dah hilang intergritynya... Memalukan.... Tunduk sangat pd arahan MO1PH.... akibatnya.... dipandang serong dan menjadi bahan jenaka dikalangan rakyat.... Oiii.... dah berpuluh tahun kita merdeka.... ni lah kali pertama Penguatkuat berkelaku seperti badut sarkes....Hahaha. .

Memalukan boto lh.....mcmane diaorg ni buek kojo pon x tau lh. Dh lh family ghamai polis....

Najib + Jho Low + Arul Kandar = 1MDB orait...ada paham?

Apa yg memalukan tu? Ada orang dah sauk duit berbilion masih lagi selamba dan buat muka tak malu. Pun ada penyokong dan tunjuk simpati. Alahai, berita tentang perselisihan pendapat berkaitan Jolow bukan lah isu besar dan tidak akan memalukan PDRM. Siapakah penyokong buta tuli yg dah senget ni?

Hahaha...semua cai ph la ni dlm.gua makan.tomato..haha

Silap guna alat pengesan video porno kot... 😂😂😂😂😂😂

Dulu kta tau kt mna...skarang tgkap ler apa lgi alasan nk bgi....

mmg begitu lah hakikatnya tm ni dia dh terbiasa menganianya org tun ni bapak segala dajjal

aku takut jho low jer wat org tu..ar jd kambing golek ..tp liat sikit la..kambing gurun nmapun

kita sruh interpol...kgb...cia...fbi....rela...jkkkkk p cari..diaorg semua mmber kamcing maaa..mmber2 main guli kecik2 dlu

Celita ala... Bokti talak... Hahaha

Sape thu ayah julow nga madee sapa
Main wayang je

Haiyaaa amoiii yaaa... sana lain celita, cini lain celita... 2.6B kasi tutup, 42J kasi bukak... sudah siap bwa najib naik court tapi xboleh hantam sebab kertas siasatan blm siap... Chait... Che Bye punya AG..

Monica monyet...Lim Guan eng,main ngn lu punya mak...betul x...

Pdrm salah cakap...sebenarnya macai...

itu la , semua nak jadi penipu . semua nak jadi wira negara (kononla kan) .