Baru-baru ini, negara telah dikejutkan dengan tindakan di luar dugaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuat serbuan dan rampasan di beberapa premis kediaman yang dikatakan ada kaitan 1MDB dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak.
Serbuan tersebut melibatkan rampasan ke atas pelbagai jenis barang termasuk barang kemas dan wang tunai. Pihak PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah menyebut bahawa tindakan tersebut adalah merujuk kepada siasatan yang sedang di jalankan mengenai 1MDB. Sayangnya, tindakan itu agak keterlaluan kerana ianya berlaku sebaik sahaja solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan baru sahaja selesai.
Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan tersebut menurut peruntukkan undang-undang tidak menyebut bahawa ianya tidak boleh di lakukan di dalam bulan Ramadan tetapi ianya menimbulkan perspektif yang amat negatif di kalangan umat Islam di Negara ini. Setidak-tidaknya biarlah ianya di lakukan dengan penuh tertib terutama sekali menghormati bekas Perdana Menteri itu yang baru sahaja menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan pada lebih kurang jam 10.15 malam 2018.
Menurut sumber, serbuan dan pemeriksaan yang melibatkan rampasan barangan berlansung selama 2 malam dan 2 hari. Mungkin maklumat yang diterima oleh pihak Jabatan Komersil Bukit Aman begitu penting dan ianya harus dilakukan tanpa sebarang halangan dan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib adalah saspek yang melakukan jenayah amat besar sekali ?
Pada hemat Geliga Naga, adab dan susila juga penting ketika menjalankan tugas, tambahan pula saspek yang terlibat adalah bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib. Saspek ini jugalah yang memelihara kebajikan PDRM setiap tahun di dalam persediaan Bajet Tahunan PDRM.
Rampasan yang di lakukan oleh pihak Jabatan Komersil Bukit Aman melibatkan premis kediaman bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib di Taman Duta dan tiga premis lain yang di kaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu di Pavillion Resident. Sekali lagi menurut sumber, proses rampasan barang kes yang berlaku di Pavillion Resident tidak di lakukan dengan teliti dan tidak menurut peruntukkan undang-undang. Ianya di buat tanpa pemilik premis tersebut sebagai saksi tindakan penyitaan berkenaan.
Pihak-pihak yang membuat penyitaan seharusnya memanggil bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk menyaksikan proses sitaan yang berlaku di 3 unit kediaman di Pavillion Resident, yang dikatakan oleh pihak Polis, ianya ada kaitan dengan Dato Seri Najib Razak. Sedangkan Dato Seri Najib Razak boleh di bawa dari Taman Duta ke Pavillion Residence untuk menyaksikan proses sitaan itu, sebagaimana kehendak peruntukkan undang-undang AMLA 2001 (Akta 613) tetapi ianya tidak dilakukan. Soalnya kenapa?
Setiap barang yang di sita hendak di perlihatkan kepada saspek (orang disyaki) bagi mengelakkan sebarang tomahan. Setiap barang yang di sita pula hendaklah di catitkan di dalam “Borang Bongkaran” dan kemudian di tanda tangani oleh pegawai serbuan serta saspek . Adakah ianya berlansung sebagaimana yang disebutkan di atas? Bagaimana Dato Seri Najib mengetahui jumlah sebenar barang yang di rampas sedangkan beliau tidak berada di situ.
Adakah barang yang di rampas tersebut di masukkan kesemuanya ke dalam senarai barang rampasan (Borang Bongkaran)? Bagaimana pula jika terdapat barang yang “diketepikan” dengan niat untuk mengambil barang tersebut?. Sedangkan sebagaimana sedia maklum, makanan (coklat) yang di dalam peti sejuk di katakan menjadi habuan kepada pihak-pihak yang membuat serbuan dan benarkah pihak yang membuat serbuan mengarahkan pembantu rumah yang berada di situ untuk memasak sesuatu kepada mereka? Inilah akibatnya jika proses tersebut tidak dilakukan dengan teliti dan mematuhi peruntukkan undang-undang. Tomahan demi tomahan boleh dilemparkan kepada pihak PDRM.
Geliga Naga akan membongkar kejadian seterusnya pada Bahagian: 2
Sumber: Geliga Naga
48 comentĂĄrios
Jgn bagi muka..dia pkir dia ada kuasa.blh buat sesuka hati dia ja..SAMAN
Biasa la. Di awal2 kemenangan depa rasa mcm dah tawan 1 dunia. "TEROVER EXCITED" melaksanakan tugas yang konon2 nya telus dan adil...
Pulis n mahkamah di zaman Atok memang jadi haramjadah..tengok kes Anwar dulu..
Ambil tindakan balik apa yg telah mereka buat. Takkan tak tau peraturan & undang2. Klu kami rakyat biasa ni mungkinlah kan. Deme dah jadi pihak berkuasa. Tara baca kaa ...
Jgn tunggu lg ..buat tindakan sepatutnya..ikutlah SOP ni x ..ikut nafsu..bg kaw2 ...
Orang kalau dah ada kuasa...
Dan dendam yg mendalam ( tm )
Sprm pun ada dendam kesumat,
Pdrm pula....
1 dunia tgk đ”đjaan bodo ni..
Auta Singh masuk perangkap..
Polis dlm kerajaan PH ni mmg main rampas je ke...sama ada sahih ke tidak...
Ada waren geledah je kiki3 Bodoh bangang anjing umno
Teruskan berdoa, semoga Allah melindungi malaysia dari fitnah kehidupan Dan kematian Dan fitnah dajjal
Standed la..macam jual dadah la..jual dadah seribu..tapi sita barang buKn seribu semua skli
Ops Marshall law terbaik utk Malaysia sekarAng Thailand terbaik.
Itulah akibatnya jadi Berok dapat Bunga..
PDRM ini pun tak ikut undang2 ...cuma ikut arahan kutty firun tu saja
suka tngok mamat ni meroyan...ha..ha..
Pdrm pun x tau undang 2 ka...
Malu besar DS Najib...Ee klu aku x tau mana nak letak muka ni...
KEMARUK KUASA DN KEMARUK NK BALAS DENDAM.
Zaman ini bukan zaman selesah
PDRM makn kuat to halal ke buat cm tu yea
Ini lah Yang berlaku bila nawaitu tangkapan tak jujur Dan berniat jahat.
Kerajaan Malaysia dan Rakyat Malaysia turut malu akibat tindakan yang tergesa-gesa dan membelakangkan peraturan dan peradaban oleh agensi yang sepatutnya mendokong undang-undang...
Makin menarik cerita ini...tunggu babak seterusnya.
Kan dah kate kes ni tidak bleh dibincangkan lg klau tidak tindakkan mahkamah akan diambil... btul tak admin
Bila bertindak bermotifkan dendam. Banyak kerja2 yg mereka lakukan seperti KUCING BERAK ATAS LANTAI (bau busuk melantun dan memalukan diri sendiri)
Polis x tau law sendiri ker...mna tnggung jawab yg diamanahkn..
PDRM? Ke mana barang2 rampasan tu disimpan?Adakah 100% diserahkan? Ini tugas SPRM pula. Kena adil untuk semua.
Terbaikkkk PDRM
Nikan arahan pm ph yg dengki busuk hati pendendam hancing rakyat nyanyok
pale bapak ko din
Sekiranya dilakukan secara berhemah dan bersopan santun...kejayaan merampas wang tunai, beg tangan berjenama mewah, jam tangan berjenama, ketulan emas dan barang kemas tidak akan tercapai. Besar kemungkinan semua barangan tersebut akan dibawa lari.
Kepala bapak kau! Ko gie masuk hutan la org tua belajar dulu undang-undang rimba jgn pandai cakap aje bodoh!
PDRM# tangkap Mat Sewel...
Pakdin kau bkn lawyer lagi mau sembang undang2.hahahah Ezad Zainal
Langgar undang2 kpla bapok muu
Cam polis israel brtindak kt rakyat palestin dah plak....
Bertindak tidak megikut arahan, Bertindak kerana dendam..
SAMAN!
Ambil polis yg uneducated. Makan coklat orang lagi.
sakaiko pusing pakta,
AMLAU kau
Yang ni apa
Is it true? A shocking lack of decorum and poor discretion..possibly, heads will roll
Lawyer buruk
Settle dahh...najib dh tarik saman..
simpan harta duit tunai beratus juta dalam rumah tu ikut perundangan mana cai bahlol
Ini serban sing punya arahan...
Terlajak laris...
Rosak imej PDRM keran
serban singh ni..
Undang2 Allah boleh dia tolak..apa barang undang2 Malaysia.. dlm tangan..