UMNO Selangor bersetuju untuk meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan buat pertama kali akan menggunakan lambang parti itu sendiri dan bukan lambang Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Noh Omar.
“Kita dah bermesyuarat malam tadi dan secara konsensusnya kita bersetuju untuk meletakkan calon kita di PRK Sungai Kandis. Pada masa sama UMNO Selangor turut mengesyorkan supaya kita bertanding pakai lambang UMNO sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor mencadangkan supaya UMNO bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO dalam senario politik semasa.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.
Berhubung siapa calon yang akan bertanding, Mat Nadzari berkata UMNO Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan perkara itu.
“Siapa calon tidak dibincangkan langsung malam tadi, terpulang kepada pucuk pimpinan pusat untuk memutuskannya. Kita cuma ambil ketetapan untuk bertanding pada PRK itu,” katanya.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan tentang kesediaan PAS untuk memberi laluan kepada UMNO sekiranya parti itu (UMNO) memutuskan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.
“Kalau PAS betul-betul ikhlas beri laluan, tunjukkanlah keikhlasan mereka… bekerjasama dengan UMNO atau bantu UMNO… jangan ada pertandingan tiga penjuru yang boleh merugikan pihak kita,” katanya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata PAS hanya akan meletakkan calon sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRK itu.
Menurut Takiyuddin, ia adalah bagi mengelakkan berlaku perpecahan undi dan akan mengulangi semula keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.
Pada PRU14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).
Mengulas persiapan UMNO bagi PRK itu, Mat Nadzari berkata parti itu akan menukar sedikit pendekatan bagi memenangi hati pengundi dengan menumpukan pada usaha penerangan kepada pengundi tentang prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama berkenaan kegagalan menunaikan janji yang dibuat sebelum PRU14.
“Isu-isu Melayu, agama contohnya terlalu banyak, 75 peratus pengundi di kawasan berkenaan adalah orang Melayu jadi untuk jaga kepentingan mereka, mereka perlu mempunyai pembangkang yang berwibawa, yang betul-betul boleh wakili mereka, bukan sekadar cakap sahaja. Mereka kena beri kita peluang untuk wujudkan sekatan dan imbangan dalam kerajaan hari ini,” katanya.
51 comentƔrios
Logo keris bogel ..
Hoi celaka setakat guna fake akaun nk buat hape.org pkr penakut....
Terbaikkkk World. Inilah impian kita dan Parti UMNO
Sokong..!
Nak harapkan MCA, MIC, GERAKAN semua mantol...!
Ada baik martabatkan UMNO sbgi logo...!
Patut d cuba kaedah ini...
Kalah pun tak pe... Tak rugi apa2pun...
Kalau mng pun sekadar jd wakil rakyat je pun...bknnya parlimen..
Itulah yg terbaik...kita berdiri atas kaki sendiri...
ššlg pun nmpk sgt pru14 lain pd melayu sokong parti lawan,
Umno ni kalau dalam gusti ibarat sudah kalah..pecah muka..tangan patah kaki patah..gigi bserabai..bjalan kena papah tapi x sedar2 lgi.
Sama lah dlm politik..slagi umno dan pas tak bgabung..msh lg ada ego dan tk.nk bsatu..slagi tu lah umno dan pas x akn dpt kuasa utk perintah malaysia semula.
Yg untung ph..selagi pas dan umno tak bsatu ats pakatan islam
Trik sgt bunyi nye...jgn dongak tinggi sgt,takut longkang kat depan x nmpk...
Jgn takut... lawan.!!
Betul 2..
disarankan UMNO tidak join PRK ini, elok berehat dahulu. Beri shj PKR menang mudah. Terpulang.
Ramai pemimpin umno xsedar diri lg ni masalahnya.
Biar lebur..jnji PH..
Yesss. Hidup umno
Should use bn instead of umno
Bagus. Semangat BN. Ingat kalau kalah lagi parah imej lambang. Mengapa mesyuarat BN masih tidak berjalan?.
MAsih tak berjalan..??
Ko dari parti mana ni rao..?
UMNO dah siap buat pemilihan ketua bahagian, cawangan dan nation...!
Celah mana lak mensyuarat tak jln weiii...??
Umno dah. Mic sedang berjalan. MCA tiada cerita. So BN sudah sediakah.?
Kalau MIC masih crawling, MCA masih membatu, cam ne BN nak bersedia..?
So, tunggu la the others complete dorang punya dulu...!
Appaaa daaa...?
Apakah ini akan mengaibkan pengundi bukan melayu?
Kepada penyokong kerajaan hari ini, saya seru anda semua, janganlah gunakan hujah "lebih baik bukan Islam yang jujur daripada pilih orang Islam yang tidak jujur".
Bukan apa...
Bila anda kata begitu, ini bermaksud dalam ramai-ramai orang Islam yang berpihak pada Pakatan Harapan tak ada seorang pun jujur yang boleh anda pilih.
Kat luar ni ramai saja yang jujur dan berupaya.
Korang ni dah kenapa suka tembak kaki sendiri.. Sadis sungguh..
#cnpmohdjamalee
Joe Harry ..ini kita setuju. Kita harap Ada push dari rakan rakan umno supaya bangkit bersama. Apa pun election ni kita harap Ada come back supaya PH tak terus jahanamkan negara
Absolutely bro...!
We stand together united...
Biarkan Gerakan dng haluan mereka...
Pas yg ego tak nak bergabung umno smpai bila pun cita2 nk jadikan malaysia negara Islam tak kan berjaya...tu susah org melayu ni..ego kuat
Pas gabung dgn umno baru boleh jadikan malaysia negara Islam...jgn ego wahai pas
Absolutely bro...!
We stand together united...
Biarkan Gerakan dng haluan mereka...
BN klh bkn bermakna kita tiada undi atau pengaruh...
Kita klh sbb fitnah yg d tabur nationwide...
Kita klh bermaruah... Kita tak menabur menabur fitnah...kita tak menabur janji yg tak mampu d tunai...
rakyat dh serik kene KENCING.....umno bole menang
Ramai2 pkul sorg2 mmg la boleh menang..tgok kerusi parlimen dgn dun mn yg lg bnyak..tgok kerusi umno,pan,bunge..hahaha..
Tolong la sedar melayu.plisssss
Kat mana sg kandis ni... Walaupun tak minat politik tetiba lepas pru ni teringin sgt nak bantu umno.. Seriiess
Nk bagi hak melayu dn agaman islam tergadai
It's not about how hard you hit, it's about how hard you get hit and keep moving forward. Selagi tak mati, selagi tu kau terus berjuang.
Jgn mengharap Mca. Gerakan.mic utk membantu...kita org melayu mesti bersatu...tunjukkn kekuatan melayu pd DAP
Pakatan dah semakin hancuq...umno bleh menang...
Joe Harry ššš
pas boleh letak calon tapi tarik diri selepas pencalunan.bkn apa takut nanti umno dibatalkan pencalonan.mainan madey siapa boleh tahu.
Hahaha.....aku nak gelak ke nangis ni....madey lagi xboleh halang....apa title ko nak saran umno x join..lawak betol lah
dah terlambat dah semua tuh, patut masa PRU 14 pastikan DS Najib menang....musim sekarang elok sangat UMNO rehat cukup2 dan dalam masa sama, reformasi struktur dalaman dan luar jugak
terpulang jerlah. Bukankah ini majoriti rakyat malaysia yg nak sangat zaman Tun Mahathir kan? Dan Majoriti yg beri undi sudah pun dapat.
Dalam UMNO masih ramai lagi yg dahagakan kuasa dan kedudukan, itu sbb saya sarankan rehat dan reformasi sepenuh, bersihkan parasit dalam UMNO..
buang mana2 ahli yg mindset, bila dah ada darjat, mula fikirkan wang dan kuasa dan kedudukan. Biarlah depa nak berambus dari UMNO, ada ku kisah? Aku cuma kisah, UMNO kembali seperti dulu.
meh komen sikit jika benar sayang pada darjat bangsa melayu.
sayang, sebilangan besar ahli PAS masih ego lagi.
Bagus....insyaallah menang
Elok tak payah ada pertandingan.jimat sikit..UMNO jangan mimpi buat masa ni
Pas dn umno harus brsatu bru boleh ajar cikit mlayu2 ph tuu..
kita sokong apa apa parti, ABU!!
Tkkn mngaibkn saudara...cuma dlm PRU14 lbih dr separuh dn hmpir sepenuhnya org bkn Melayu sprti saudara tunjukkn tsunami kpd PH...
Mana pnyokong parti dlm gabungan BN yg prjuangkn bngsa saudara sprti MIC? Krn pcy dgn MIC brp kwsn yg diberi? Tp brp yg MIC menang? Jd biarlah guna sndri pny dahulu...PAS bersendirian tp kepentingan bkn Melayu sprti saudara ttp dijaga...Malah PAS beri bangsa saudara bbrpa kerusi utk brtanding guna logo PAS...
Ini baru UMNO...
..dan Zahid Hamid dengan muka xmalu terus mengendeng PAS..dulu tekan dan hina sangat PAS..dasar xdak maruah dan harga diri!
KITA HARAP AGAR.MCA,MIC DAN GERAKAN JUGA BERTANDING D SG KANDIS. BIAR MEREKA PULAK YG PECAHKAN UNDI CINA DAN INDIA.
Itulah tanda ada semangat juang walaupun pernah kecundang tetap bangkit utk meneruskan perjuangan.. Dirgahayu UMNO.