PRK Dun Sungai Kandis datang pada masa yang amat menarik dan sangat mencabar kepada kedua-dua parti yang bertanding – PKR dan BN.
Ia menarik kerana inilah buat kali pertama selepas hari merdeka, BN bertanding dalam PRK sebagai pembangkang.
Jika dilihat sejarah penubuhan Umno ia bermula sebagai parti pembangkang yang bertujuan mendapat kemerdekaan negara dari British.
Justeru, Sungai Kandis adalah detik permulaan baharu kepada Umno seperti mana ia ditubuhkan pada 1946 iaitu sebagai sebuah parti penentang kerajaan.
Ia juga menarik kepada PKR dan PH.
Walaupun PH sudah sah berdaftar pada Mei 2018, namun mereka masih gagal bertanding sebagai sebuah entiti besar.
Cabaran kepada Umno dan BN ialah bagaimana mereka mahu kembali kepada mentaliti dan sikap pembangkang bagi membolehkan rakyat memberi kepercayaan kepada wakil mereka menjadi suara dalam Dun Selangor?
Kumpulan yang ada dalam Umno sekarang tidak lagi mempunyai DNA pembangkang seperti penubuhannya pada 1946.
Cabaran PKR pula ialah bagaimana kempen mereka sebagai sebuah kerajaan baharu? Jika dulu mereka mudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan BN di peringkat persekutuan, hari ini semua itu di bawah kawalan mereka.
Cabaran-cabaran ini hanyalah cabaran politik kepartian dan organisasi yang tidak begitu penting kepada orang Melayu dan agama Islam.
Selepas PH mengambil alih kerajaan Persekutuan, banyak keputusan-keputusan dan pelantikan yang dilihat menggores orang Islam terutama masyarakat Melayu.
Namun apakah ia realiti atau hanya pandangan Melayu ortodoks, lama dan konservatif yang tidak lagi mewakili pandangan majoriti Melayu bandar yang sudah terbuka dan bersikap liberal?
Justeru PRK Sungai Kandis yang mempunyai pengundi Melayu melebih 70% ini adalah referendum terbaik untuk masa depan Melayu dan Islam.
Jika calon BN, Lokman Nor Adam menang ia akan memberi isyarat bahawa Melayu belum bersedia melepaskan kedudukan masyarakat Bumiputera dan agama Islam yang merupakan sebahagian daripada perjuangan kemerdekaan lalu.
Jika calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menang besar seperti keputusan Pilihan Raya Umum lalu ia memberi isyarat bahawa Melayu bandar sudah tidak peduli semua perjuangan lalu dan PH bebas merombak apa sahaja yang mereka mahu dalam tempoh lima tahun ini.
Hentikanlah beri alasan benci sikap pemimpin Umno, BN dulu korup dan calon ada cacat cela. Hentikanlah cakap soal sejarah dan persepsi lampau. Kerajaan baharu sudah ada kuasa melakukan segala siasatan dan pendedahan. Ini soal masa depan negara ini.
Pengundi Melayu dan Islam sama ada dalam Umno, Pas, PKR, Bersatu dan tidak berpartisan harus membuat keputusan sama ada mereka mahu kekal taasub kepada parti atau mahu memberi isyarat jelas kepada Pakatan Harapan bahawa undi lalu bukan untuk mereka merombak status quo kedudukan Islam, Bumiputera, bahasa Melayu dan raja-raja Melayu.
Pilihan raya ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri Selangor. Sesiapa kalah atau menang PKR tetap memerintah negeri namun ia sangat penting kepada orang Melayu dan Islam.
Justeru isu di Dun Sungai Kandis ini hanya satu, apakah orang Melayu merelakan semua yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa?
Orang Melayu dan Islam dalam Dun Sungai Kandis harus membuat keputusan sama ada mereka mahu taasub kepada PKR dan Dr Mahathir membuta tuli; atau memberi isyarat bahawa Melayu tidak rela Pakatan Harapan meruntuhkan kedudukan status quo kedudukan Islam, Bumiputera, bahasa Melayu dan raja-raja Islam yang telah dibina sejak 60 tahun lalu.
Dengan pengundi Cina menjadi semakin taasub kepada DAP, tidak penting Lokman kalah atau menang. Kita hanya ingin majoriti undi Melayu pergi kepada Lokman supaya DAP tidak menjadi terlalu berkuasa dan bermaharajalela dalam Pakatan.
Pencalonan Lokman Nor Adam ini adalah satu ujian kepada orang Melayu sahaja. Lokman orang paling ke hadapan memperjuangkan isu Islam dan Melayu selepas PRU14. Ini adalah satu referendum mengenai kedudukan agama Islam, orang Melayu, bahasa Melayu, dan raja-raja Melayu.
Jika undi Melayu banyak kepada PKR bermakna mereka merestui segala tindak tanduk kerajaan hari dalam hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam. Maka sukar untuk Umno dan Lokman sendiri terus bersuara lantang mempertahankan asas kemerdekaan negara Malaysia ini.
Dan suatu hari nanti jika orang Melayu dan agama Islam hilang segala-galanya di negara ini, pengundi Melayu di Sungai Kandis adalah pencetusnya.
Pisau dan mentimun di tangan pengundi Melayu Dun Sungai Kandis! Sejarah akan menghakimi kita semua, namun anda ada peluang untuk memberi isyarat jelas kepada kerajaan baharu.
-Ab Jalil Backer
Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
..............
http://pakdin.my/tag/prk-sungai-kandis
17 comentƔrios
hanya org gila saja yg undi bn najib
Kalah kan PH wahai org2 islam sg.kandis....tolak rejim zalim madeyDAP ni 100%
Klau dah menang nanti dia orang akan sebut melayu melayu melayu islam islam islam tapi masa mengundi pandai jg prgi kempen kat kuil hindu lagi ajaran sunah ke tu n yang paling lucu perg ke tempat orang cina minta kononya nak minta 1,2 undi bila dah menang cina babi dia cakap
Mudah2an orang melayu sedar diri dan tidak menyokong valon yang mrwakili dap dan madey kutty pengkgianat bangsa nekayu, agama dan negara
Muka Umno Bn minta belas iksan pengundi terhakis terkikis kerana sombong makan tumpah diri sendiri masih lagi cakap egoies.
BANGKIT
Terima kasih UMNO
keranamu Melayu bersatu
Terima kasih UMNO
Yang mengubah nasib anak bangsa
Dari papa menjadi kaya
Dari petani jadi saintis & engineer
Dari nelayan jadi akauntan & IT
Dari buruh kasar jadi lawyer
Terima kasih UMNO kerana
Jadi nadi bangsa sejak merdeka
Jaga mu tetap ku kenang
Hidup Din bacul tua
Kakjib bAgilah $
B.n harapkan penyokong pas mengundi mereka,tapi penyokong pas tak akan mengotorkan jari dengan mengundi b.n, dasar2 pas tak nak ikut ada hati nak undi dari ahli2 pas,pergi mampus la b.n bangsat negara..
Yang rambut putih di tengah tu buat apa di Sg. Kandis..nak bawa Sial dan Malapetaka kepada Calon Umno/Bn saja..
Pada pengundi sg kandis ,saya seru checkmate parti timbang.selagi dia org tak berubah.
ko
melayu umngok yg bongok
Sekarang ini merempat minta undi dari pengusaha bas sekolah dulu dia pandang pun tidak dengan masalah pengusaha bas sekolah.
Klu dia menang blh ke dia beri subsidi kat pengusaha bas sekolah.
Aqu Syorkan PENGASAS Parti 'Gajah Kepit'.
DIVA AA amik saja Jibbpitt laki bini selaku Timbalan Pembangang.
Memandangkan UMNO Parti Umno Haram Jadahšš¬šš Ngeh Ngeh Ngeh
Stuju..?