Sebab sistem Monarki masih relevan

Sejak kebelakangan ini, sudah timbul suara-suara yang mahukan sistem diraja di negara ini dihapuskan. Alasannya, sistem monarki sudah dianggap ketinggalan zaman dan ia sepatutnya membuka jalan kepada pembentukan negara republikan. Tetapi pada abad ke-21, masih banyak negara beraja yang tetap mengamalkannya sama ada secara mutlak atau menggunakan sistem raja berperlembagaan. Dan mereka masih memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara, kadang-kadang impak yang diberikan bersifat luar biasa.



Jadi mengapa sistem monarki masih penting dalam dunia hari ini? Pertamanya, kewujudan sistem ini membolehkan pemerintah diraja boleh menjadi suara bebas mengatasi suara-suara politik, sesuatu di mana sesetengah ketua negara yang dilantik tidak boleh mencapainya. Bagi rakyat, raja atau ratu melambangkan sesebuah negara dan titah mereka mempunyai kesan besar kepada populasi sesebuah negara. Mereka juga dilihat simbol kepada sejarah dan kesinambungan sesebuah negara. Kalau mengikut konteks negara kita, Raja-Raja Melayu merupakan simbol kepada sejarah dan kesinambungan negara sejak beribu-ribu tahun dahulu dari era Empayar Melayu Srivijaya hinggalah zaman moden hari ini.



Kedua, jika kita melihat sejarah negara-negara di mana di dalamnya wujud pelbagai kumpulan berbeza, raja dilihat simbol kepada perpaduan dan penyatuan sesama rakyat. Thailand yang menyaksikan bukan sekali dua rampasan kuasa dan pergolakan parti politik menyaksikan raja sebagai simbol penyatuan rakyat walaupun berbeza fahaman dan ideologi politik. Dinasti Habsburg yang pernah memerintah empayar yang luas dan makmur dari Vienna, Austria hinggalah ke rantau Balkan.



Selepas Empayar Austria-Hungary tumbang gara-gara kalah dalam Perang Dunia Pertama, ia berpecah kepada banyak negara di mana sesetengah daripadanya ditadbir oleh rejim-rejim kuku besi tanpa sebarang pengaruh seperti dulu. Dan jika proses pemulihan semula takhta dilakukan di Afghanistan membabitkan Almarhum Raja Zahir Shah pada tahun 2001, Afghanistan berkemungkinan boleh saja terlepas dari isu pemberontakan Taliban yang dihadapi kerajaan sekarang. Ini kerana semasa pemerintahan baginda dari tahun 1950-an sehingga 1973 yang menyaksikan Raja Zahir digulingkan oleh sepupunya merangkap bekas Perdana Menteri, Mohammed Daoud Khan, Afghanistan merupakan sebuah negara yang aman dan makmur tatkala Perang Dingin berlangsung.



Ketiga, sistem monarki mencegah kemunculan ekstremis politik yang berkeinginan mengubah sistem sedia ada dan memastikan kerajaan mengikut sistem yang wujud. Ini bermakna semua ahli politik perlu berpuas hati dengan jawatan Perdana Menteri atau menteri Kabinet di bawah pemerintahan baginda. Walaupun kuasa sebenar terletak di tangan ketua kerajaan tetapi kewujudan pemerintah diraja menyebabkan kesukaran bagi mana-mana tokoh atau entiti politik melakukan perubahan bersifat total atau radikal terhadap lanskap politik sesebuah negara. Dan ini yang dilakukan raja-raja di Jordan, Maghribi dan Kemboja bagi memastikan kerajaan mereka mengekalkan pendirian sederhana dan tidak mengundang situasi huru-hara dalam negara.



Malah, bagi memastikan sesebuah negara kekal stabil, raja-raja ini juga turut menggalakkan perubahan yang bersifat perlahan tetapi konsisten berbanding menyeru kepada perubahan rejim secara total. Melihat apa yang berlaku pasca-Arab Spring, negara-negara monarki Timur Tengah menyaksikan raja-raja mereka mewujudkan sebuah masyarakat yang stabil berbanding negara-negara Arab yang mengamalkan sistem republik. Dan sehingga kini, negara-negara seperti Syria dan Libya terus bergolak walaupun sudah melalui perubahan yang bersifat radikal semasa Arab Spring.



Keempat, monarki mempunyai prestij dan pengaruh untuk membuat keputusan, keputusan yang bersifat tidak menyenangkan tetapi penting demi kelangsungan sesebuah negara. Contoh paling mudah Raja Sepanyol Juan Carlos yang menaiki takhta pada tahun 1975. Sebelum menaiki takhta, baginda mendapat pendedahan pemerintahan dari diktator Francesco Franco. Franco sebelum itu terlibat dalam perang saudara dahsyat bagi mencegah kemungkinan Sepanyol bertukar menjadi negara republik sebelum memerintah secara kuku besi selama 40 tahun. Tetapi selepas Juan Carlos menaiki takhta, baginda merupakan individu bertanggungjawab membawa Sepanyol ke arah demokrasi. Dan buktinya enam tahun selepas itu. baginda menyarung pakaian uniform tentera dan berucap kepada rakyat melalui siaran televisyen, menggesa mereka menyokong sistem demokrasi dan bukan cubaan rampasan kuasa yang digerakkan tentera ketika itu.



Di Jepun pula, siapa tidak boleh lupakan suara Maharaja Hirohito yang bertitah di radio pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua dengan mengisytiharkan Jepun sedia menyerah kalah kepada pihak Bersekutu. Keputusan baginda dianggap satu keputusan yang tepat walaupun dicabar oleh kelompok anarkis dan tentera yang melihat perang dengan pihak Bersekutu seharusnya diteruskan. Keputusan Hirohito bukan saja menyelamatkan jutaan rakyat yang tidak berdosa, bahkan membuka jalan kepada kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi untuk dekad-dekad berikutnya.



Dan yang terakhir, sesuatu yang jarang diketahui ahli politik dan orang ramai ialah raja-raja yang berperanan sebagai ketua negara dilihat lebih demokratik dan terbuka berbanding sesetengah pemimpin politik itu sendiri. Ini kerana sesetengah daripada mereka ini mempunyai minat mendalam terhadap sesuatu isu atau kepentingan sehingga mendorong mereka menjadi penyokong kepada isu yang diperjuangkan. Misalnya, mendiang Puteri Diana menunjukkan minat mendalam terhadap kerja-kerja kemanusiaan dan diangkat sebagai antara tokoh kemanusiaan yang terkenal.



Antara isu yang diperjuangkan baginda ialah isu lambakan periuk api, penyakit HIV/AIDS, penyakit kusta dan orang tiada rumah. Perjuangan ini kemudian diteruskan oleh dua putera baginda, Putera William dan Putera Harry dengan Harry memperjuangkan isu periuk api sementara kekandanya memperjuangkan isu kebajikan dan keamanan. Terbaru, sempena lawatan pertama William ke Israel dan Palestin, baginda mengumumkan usaha mewujudkan keamanan antara kedua-dua negara. Di Malaysia sendiri, anggota kerabat diraja seperti Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memperjuangkan isu kesihatan reproduktif dan pencegahan kemandulan melalui yayasan baginda, Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).



Antara kritikan yang selalu diterima berkenaan sistem monarki ialah mereka dikatakan mempunyai kuasa mutlak tanpa sebarang proses semak dan imbang. Tetapi kritikan berkenaan dilihat tidak berasas sama sekali kerana kebanyakan negara beraja hari ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan atau mengubahsuai sistem sedia ada untuk menghadkan kuasa raja-raja. Dan sebelum kewujudan sistem sebegini, kuasa raja-raja juga terhad berikutan pengaruh rakyat, kelompok aristokrat dan pembesar serta institusi agama. Dan untuk memperlihatkan mereka ini sentiasa dekat di hati rakyat, gaya hidup dan pilihan mereka juga bersifat sederhana tanpa mengabaikan sama sekali nilai prestij dan simbol mereka sebagai payung rakyat. Justeru, tuduhan yang mengatakan raja-raja berkuasa seperti diktator ialah satu dakwaan yang tidak berasas sama sekali.



Selain itu, pengkritik sistem monarki menyelar sistem berkenaan kerana tiada pengganti yang dilihat mampu meneruskan legasi pemerintahan hebat yang dilakukan oleh pemerintah terdahulu. Tetapi raja-raja hari ini mempelajari kesilapan monarki-monarki terdahulu dan berusaha memastikan putera-puteri mereka terutama yang akan menaiki takhta mendapat pendidikan sewajarnya berkenaan peranan mereka sebagai raja atau ratu serta sudah biasa dengan tumpuan media. Dan disebabkan itu, pewaris-pewaris takhta sentiasa mendapat latihan dan bimbingan berterusan tentang bagaimana berurusan dengan rakyat, ahli politik dan media.



Jika ada yang masih mengada-ada mengatakan sistem monarki sudah ketinggalan zaman, hadam semua hujah ini:




  1. Indeks persepsi rasuah Transparency International meletakkan tujuh negara monarki dalam senarai 10 negara teratas yang bebas rasuah. Tujuh negara berkenaan ialah Denmark, New Zealand, Sweden, Norway, Belanda, Luxembourg dan Kanada.

  2. Tyler Rolance, staf editor bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Freedom House menyifatkan walaupun monarki berperlembagaan moden bukanlah punca kepada amalan demokrasi tetapi mereka merupakan hasil daripada budaya politik demokratik yang menjadikan kesinambungan perundangan, kompromi, kesederhanaan dan pembetulan polisi sebagai rukun utama.

  3. Ahli ekonomi, Andreas Bergh dan Christian Bjornskov berpandangan kepercayaan sosial terhadap sistem monarki lebih tinggi berbanding ahli politik. Kepercayaan sosial ini amat penting dari segi sosiologi dan ekonomi serta berkait dengan kadar jenayah dan rasuah yang rendah.

  4. Satu kajian yang dilakukan Sascha Becker mendapati negara-negara monarki mempromosikan perpaduan. Ini berdasarkan kajian dibuat di negara-negara yang pernah menjadi jajahan Dinasti Habsburg menunjukkan mereka mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan kurangnya rasuah berbanding negara yang berada di luar sempadan dinasti berkenaan.

  5. Seorang saintis politik bernama Victor Menaldo yang mengkaji negara-negara Timur Tengah dari tahun 1950-an hingga 2006 mendapati monarki menawarkan lebih banyak kestabilan berbanding mana-mana bentuk kerajaan. Beliau menambah, “Negara monarki bukan saja tidak berisiko diancam ketidakstabilan berbanding negara-negara republik tetapi mereka juga dilihat dapat bertahan lebih lama sebagai pemerintah.”

  6. Seorang ahli ekonomi British bernama Sir Tim Besley menulis dalam satu dokumen berpandangan negara monarki dapat meningkatkan purata pertumbuhan ekonomi tahunan negara sebanyak 1.03% setiap tahun.

  7. Negara monarki mempunyai prestasi baik dari segi ekonomi. Berdasarkan satu laporan Bank Dunia berkenaan indeks negara paling mudah berurusan, lima daripada 10 negara merupakan negara monarki. Lima negara berkenaan ialah United Kingdom, Denmark, New Zealand, Norway dan Australia.



SUMBER




    1. Bird, Mike. (2015). Business Insider. 11 really good reasons why your country should have a monarchy. http://www.businessinsider.com/11-reasons-why-your-country-should-have-a-monarchy-2015-9?r=UK&IR=T

    2. Pillalamarri, Akhilesh. (2014). The Diplomat. Why Monarchies Are Still Relevant and Useful in the 21st Century. https://thediplomat.com/2014/06/why-monarchies-are-still-relevant-and-useful-in-the-21st-century/

    3. Schmemann, Serge. (2014). New York Times. Monarchies, More Useful Than You Think. https://mobile.nytimes.com/2014/06/04/opinion/monarchies-more-useful-than-you-think.html





Sumber:  The Patriot

60 comentários

Melayu songsang yg jadi Barua Dap yg melampau tu

Banyak lagi ngr monarki dlm dunia ni...di eropah plg byk...

Minda generasi muda melayu telah diliwat DAP.

Bertindak sblm brfkir ni ler jd nye

Kita ambil iktibar dari kejatuhan khalifah uthmanniyyah.

Perlu ada kuasa pemerentah
Kuasa menteri dilantik oleh rakyat dan di setujui oleh monarky...

Sistem monarki sgt penting ....Dari dulu lagi negara mlysia mmg sudah ada Raja2...tak perlu nak dihapuskan..sistem Beraja ini akan kekal sampai bila2...jangan terlampau taksub mahukan perubahan...Malaysia tidak perlu menjadi republikan...

kalau SULTAN tak jaga kebajikan rakyaat MELAYU ....tu lah jadinya ..🤔

Ketuanan melayu bkn pd raja tp pd ekonomi,sosial n kuasa politik,kalau ada rajayg hdp mewah menunjuk2 ,sedangkan rkyat hdp melarat........

ketinggalan zaman.. England mcm mana pulak

Monarchy Republic democracy semua ciptaan makluk allah cuma mr lupa alquran dan sunnah terbaik to all mankind. Opps

Rupa2nya perubahan itu lebih teruk dr yg diinginkan.

Nasip yg serupa tapi tak sama...

Yer ker cmtu?.. pernah baca kisah harta warisan tinggalan Nabi Sulaiman.. yg di nasabkan ke pada pewaris iaitu raja raja Tanah melayu (Indonesia,Malaysia).. raja2.. x hadap la duit rakyat malaysia.

Kita dlm komenwell so sistem berajalah ya

Jangan sampai menyesal tak sudah. Z-Lann Ahmad

Ini Semua kerja China DAPigs ni....Lim Guan Eng dgn LimKit Sial ni....

Malaysia perlukan sistem beraja...klu ada melayu yg hendakkan sistem ini dihapuskan tukarlah baju dng kain kapan.

Ada nmpak dah penyesalan tu boss.....

Negaro maju mcm england.., sepanyol.., jopun tu dh kontinggalan zaman lh yo

Admin ni berbayar nii..satu post mungkin 10k..sape xnak Kan?? Tu yg cerita bkn2 ni kluarrr...

Ph mintak n nk.ubah bkn2..pelik la...

Mohd Noor Shariff betul saya sokong itu namanya melayu yg pembelot pada raja bangsa n negara

Zally ally kalau berani jangan guna fake account tunjuk rupa sebenar

Rem has kebanyakan yg guna account tipu menyamar jadi melayu dia sengaja nk memecah belahkan org melayu

Hanya satu langkah lagi YDA kuasa anda akan ditumbang krn suara anda semua sudah tidak dilayan dan digeruni oleh rakyat. Oleh itu jgn beri muka kpd pdtang krn mrk mcam yahudi mrk rakus utk mrampas hak pribumi.

melayu n raja berpisah tiada.... ramai yang dengki... dengan bangsa melayu masih mengekalkan sistem monarki.... warisan zamanberzaman... yang xmampu dipertahankan oleh bangsa lain di serata dunia

Agenda dap, hapus raja dan bumiputra

bgm kita nak menjamin kerajaan di malaysia melaksanakn tadbir urus berlandaskan alquran dan sunnah?

Suhainizam Azman bdk ni RBA, guna nama mcm melayu, tp kapiaq...

Dia tak berani tunjuk muka Suhainizam Azman...

Org melayu sendiri lh sokong&pecaya sgt dgn DAP tu...klu terjadi negara republik pakai byklah hak & tanah org melayu akn dirampas..

Semasa km melaka dulu rohol gadis melayu bawah umnur dari parti mana ye yang mertahan cina dap lge

xlama kerajaan PH ni....cpt lingkup..... Allah sengaja menangkan dia sepenggal..supaya rkyat dpt melihat apakah kerosakan2 yg mampu dibuat dlm 5 tahun....

Ko komen dari mana dan topik apa ni? Salah tempat ke? Lari topik jauh sangat.

Jd mcm brunei tiada siapa boleh mengganggu gugat sistem berajanya

Mohd Noor Shariff betul tu org dulu2 berjuang mempertahankan maruah bgsa melayu dan islam skrg senang2 nk dicalarnya. Apakah erti perjuangan dlm hidup ank muda skrg? Mrk tahu enjoy x pernah rasa dijajah lg

Rahayu Ayu mrk nk memecah belahkan melayu selagi boleh itu yg jd impian mrk selama ni

Sekejap aje depa tunjuk belang ea..lps ni apa lg depa nk usik

Dah termakan budi...kna cucuk idung pun tak pa....

Raja2 kita ni berlembut sangat tu.le pslnya...org2 cina ni melampau

Sbg ketua agama Islam diharap Tuanku dapat pertahankan ikon tokoh atau penceramah agama dari diugut oleh puak kafir dari luar ,harap tuanku tidak berdiam diri dlm isu Zakir Naik ni.Ampun Tuanku

Utk apa jadi republik? Utk mudah mengawal org melayu dan peribumi? Negara2 eropah dan jepun yg lebih maju dari malaysia pun masih mengekalkan sistem beraja. Sistem beraja tidak akan menjadikan sesebuah negara menjadi mundur tetapi sebenarnya parti2 politik lah yg menentukan sesebuah negara itu boleh mundur dan bankrup. Negara2 republik kebanyakannya dikuasai oleh puak2 kapitalis dan pemodal asing. Org melayu memang sinonim dgn raja. Jadi jangan diusik hal yg eksklusif kepada melayu ini. Kelak dikhuatiri segala sistem yg ada boleh runtuh bila2 masa shj. Di waktu itu org melayu takkan merasa rugi apa2 pun. Jadi lu fikirlah sendiri. Elok2 ada negara lepas tu jadi pelarian perang pulak.

Dia tolong bani melayu seorang shj
Dia dgn parti dia rogol undang2 malaysia kenapa x nampak... sy bukan nak rasict ...tp fikirkan lah masa depan bani melayu bumiputra akan merempat di tempat sendiri...

Mintak sgt lah negeri2 yg ada sultan buat 1 pasukan tentera islam ...sperti JMF....johore militry force.... untk jaga kepentingan melayu islam malaysia bergabung bila saat memerlukan...

byk terkena air kencing dia ni. dah xdpt menilai baik buruk.

Mawar Jingga setuju.. Melayu x pernah berubah dr zaman british ke jepun ke british... Suka percaya bulat2 kat pendatang.. Sampai la ni...

Relevan kalau sultan n anak2 nye beringat siapa dorg ni asal nye..tp ni mentang2 dia raja ikut dan dia je nk buat ape pun

Ko ni sembang apa ekk??mcm mabuk kencing je..😂😂

Hasnidza Hussin dia pelat..😂😂

Tak suka raja keluar dari malaysia

Dh ada, tgh tggu arahan agong je ni

Rahayu Ayu itulah kan melayu dgn bgsa sendiri suka mfitnah dgn bgsa lain bg kepala