Setelah 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, sudah mula kedengaran suara-suara peneroka yang membuat perbandingan dan kebaikkan bekas kerajaan Barisan Nasional dengan kerajaan Pakatan Harapan dalam menjuarai kebajikan warga FELDA.
Malah sudah terdapat dari kalangan warga yang mula mempertikai kemampuan kerajaan pekatan harapan untuk melindungi dan menyelesaikan masaalah harian para peneroka yang telah memilih Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 lalu.
Ada sebilangan peneroka yang berpendapat isu yang melingkari warga FELDA dirasakan lebih besar dari isu yang menjadi momokkan kerajaan Pakatan Harapan ia ini 1MDB.
Isu warga FELDA mampu menghilangkan keyakinan warga FELDA yang 97 pratus adalah orang Melayu yang mampu menghilangkan kuasa kerajaan Pakatan harapan jika tidak ditangani dengan baik.
Sembang-sembang pemimpin Pakatan Harapan yang memualkan boleh menjadi penyebab mereka hilang kuasa bila mana ramai warga FELDA yang membantu memberi kemenangan kepada calon-calon mereka pada PRU 14 yang lalu yang tidak mendapat pembelaan seperti yang diharapkan.
Mereka yang memberi kemenangan kepada calon Pakatan harapan sudah pasti berkehendakkan agar hajat mereka di tunaikan begitu juga dengan harapan nasib mereka akan lebih terbela.
Namun jika perkara ini tidak berlaku dan nasib peneroka FELDA masih tidak banyak berubah maka ianya boleh mendatangkan keburukan masa hadapan kerajaan Pakatan Harapan.
Mereka memilih Pakatan Harapan bukan kerana mereka yakin tetapi kerana para peneroka ingin mencuba dan merasai sendiri adakah janji-janji yang diberikan semasa berkempen akan benar dilaksanakan.
Namun seperti sudah jatuh di timpa tangga atau nasi sudah menjadi bubur, para peneroka hari ini hidup seperti didalam gelora yang panjang dengan masalah yang tidak berkesudahan.
Terutama perkara yang membabitkan duit seperti isu duit sara hidup bagi peneroka yang ladang mereka sedang dalam proses tanam semula, ini adalah isu utama dalam kalangan masyarakat warga FELDA.
Kerajaan hari ini harus memahami bahawa duit sara hidup bukanlah sebagaimana insentif yang diberi oleh kerajaan kepada petani dan nelayan, ia adalah hak peneroka sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian dengan FELDA.
Perkara yang tidak pernah diabaikan oleh kerajaan terdahulu, perlu diingatkan bahawa kelewatan peneroka FELDA menerima wang sara hidup tidak pernah berlaku di zaman pemerintah Kerajaan Barisan Nasional yang lalu, apa tah lagi ketika menjelang ketibaan hari kebesaran seperti Aidil Adha yang bakal menjelma nanti.
Kerajaan Pakatan Harapan perlu di ingatkan bahawa mereka sesekali tidak boleh menjadi kerajaan tanpa 19 kerusi yang datangnya dari gugusan FELDA, Jangan sesekali mengabaikan mereka kerana ianya seakan mencabar peneroka FELDA.
Oleh itu isu peneroka FELDA jangan dibuat main seperti menganak tirikan mereka.
Hari ini setelah 100 hari mereka berkuasa isu beban hutang seperti tiada berpenghujung dan harus di ingat jumlahnya bukan kecil bagi setiap peneroka, ianya mencecah seratus ribu ringgit bagi seorang peneroka.
100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan kelihatan seperti mahu melupakan 5 resolusi kepada warga FELDA yang mereka berikan dalam Konvensyen Warga FELDA yang berlansung pada 19 Mac 2017, jika warga FELDA berani menukar kerajaan.
Malah ada diantara resolusi tersebut di masukkan ke dalam kerangka 10 janji kerajaan Pakatan Harapan untuk dilaksanakan dalam 100 hari selepas mengambil-alih kerajaan.
Dua janji tersebut ialah menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja keatas FELDA serta merombak semula struktur kepimpinan mereka.
Sehingga kini setelah 100 hari, kedua-dua janji ini masih belum dilaksanakan oleh Pakatan Harapan sehingga menyebabkan mula timbul suara-suara kemarahan daripada warga FELDA.
Itu belum lagi dikira warga FELDA menuntut janji-janji yang selainnya seperti, isu penyelewengan dalam FELDA, menyusun semula tadbir urus FELDA, menaikan taraf kawasan-kawasan dan memberi peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak peneroka.
Oleh itu saranan pemimpin Barisan Nasional terdahulu bahawa menukar kerajaan bukan seperti membeli goreng pisang adalah satu amaran kepada peneroka yang bukan dibuat atas dasar mahu menakut-nakutkan peneroka tetapi ianya adalah satu amaran berasas agar peneroka tidak menyesal di hari mendatang.
Yang nyata apa yang dikhuatri boleh berlaku akhirnya telah pun berlaku, cuba-cuba peneroka untuk menukar kerajaan akhirnya telah mendatangkan bala kepada hampir 2 juta orang peneroka FELDA di seluruh negara.
Kemungkinan besar warga FELDA bakal kehilangan tanah teroka mereka dan tidak mustahil boleh berlaku dan tidak mustahil juga FELDA akan dikuasai oleh mereka yang bukan dari kalangan peneroka orang Melayu.
Semoga Allah melindungi peneroka FELDA.
*******
http://pakdin.my/feldahttp://pakdin.my/manifesto