Sesiapa yang mengikuti perkembagan politik sejak tahun 1970an akan mendapati bahawa Tun Dr. Mahathir adalah jenis orang tidak mengenang budi ter hadap orang yang pernah membantunya.
Contoh pertama adalah bekas MB Selangor, Dato’ Harun Idris telah berjaya memujuk Tun Abdul Razak untuk menerima kembali Mahathir ke pangkuan UMNO pada tahun 1972 setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970. Dato’ Harun berbuat demikian dengan harapan agar Mahathir menyokongnya dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1975.
Walau bagaimanapun, setelah kembali ke pangkuan UMNO, tanpa diduga oleh Dato’ Harun, Mahathir telah mengambil keputusan untuk bertanding untuk jawatan tersebut dan kemudiannya menang. Dato’ Harun kecewa kerana Mahathir sepatutnya memberi laluan kepadanya terlebih dahulu untuk menjawat jawatan Naib Presiden UMNO kerana dia (Mahathir) baru sahaja kembali ke pangkuan UMNO.
Sejak dari itu, hubungan kedua-duanya renggang kerana Dato’ Harun menganggap Mahathir telah mengkhiantinya.
Contoh kedua adalah Tun Hussein Onn telah melantik Mahathir sebagai TPM pada tahun 1976 atas amanat Tun Abdul Razak sedangkan jika mengikut kekananan di kalangan Naib Presiden UMNO, Mahathir berada di kedudukan di nombor 3 selepas Tun Ghaffar dan Tengku Razaleigh.
Selepas dilantik menjadi TPM, Mahathir kemudiannya menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Selepas itu dia mula mengenakan tekanan terhadap Tun Hussein Onn. Mahathir pernah berkata dalam satu sesi temu-bual dalam TV1 dalam isu pelarian Vietnam (boat people) dalam tahun 1980 dengan kata-kata “banyak dasar DS Hussein Onn saya tidak bersetuju tetapi dasarnya terhadap pelarian Vietnam, saya bersetuju” dengan membawa maksud bahawa dia (Mahathir) tidak sehaluan dengan Hussein Onn dalam banyak isu.
Tun Hussein Onn akhirnya meletak jawatan kerana tidak tahan ditekan oleh Mahathir.
Moral ceritanya adalah Mahathir bukan jenis orang yang mengenang budi dan dia boleh dianggap sanggup menggigit tangan orang yang pernah membantunya.
.......