Tun Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M ialah untuk "membeli" rakyat.
Dia juga mendakwa, wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa.
Agaknya pelik tuduhan bahawa kerajaan BN "curi" wang untuk bagi balik kepada rakyat.
Wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang dicuri. Ia ialah dari langkah rasionalasasi subsidi dan GST.
BR1M
bukan untuk tujuan politik dan kriteria menerimanya hanya berdasarkan
kepada pendapatan bulanan isi keluarga - tidak kira mereka menyokong
parti politik mana.
Orang
yang kaya lebih banyak mendapat faedah dari subsidi pukal manakala
kutipan GST lebih banyak dari SST kerana orang kaya yang bayar lebih
banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST
mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan
mengutip cukai daripada ekonomi "gelap".
Wang
ini kita kembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M yang terus naik
kerana kutipan GST terus naik akibat dari pertumbuhan ekonomi Malaysia
yang dulunya semakin naik. Bila orang susah dapat duit, duit tu
dibelanjakan semula dalam kitaran ekonomi terutama di kawasan luar
bandar.
Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.
Ini
jelas dari nisbah GINI yang semakin menurun sehingga terendah di bawah
0.40 untuk pertama sekali dalam sejarah pada tahun 2016.
Minggu
lepas, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK
(GDP) untuk suku kedua selepas mereka mengambil alih telah menurun
dengan mengejutkan kepada 4.5 peratus berbanding 5.4 peratus untuk suku
sebelum itu manakala kadar pengangguran sudah naik. Ada beberapa
penganalisa ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal akan jatuh kepada
kemelesetan ekonomi atau krisis dalam tempoh yang terdekat. Harga getah
dan minyak sawit juga telah turun dengan turuk semenjak PRU14.
Ketika inilah orang miskin yang patut ditolong bukan dihukum.
Di mana salahnya kalau kita mengambil wang dari yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin?
Adakah
PH sudah lupa bahawa mereka berjanj untuk meneruskan BR1M dalam
manifesto? Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat
miskin?
Nampaknya
kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan
peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan
membantu golongan yang miskin.
Saya
bimbang bahawa jurang pendapatan yang semakin turun masa saya menjadi
Perdana Menteri akan naik kembali kepada tahap yang tinggi pada penggal
pertama Tun Mahathir berkuasa.