[VIDEO]: Malaysia bakal menuju sistem Republik?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diberi peringatan tidak menamatkan perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

TTF: Ketua Pergerakan Malaysia Tanahairku, Raggie Jessy menegaskan kerajaan hari ini tidak sepatutnya angkuh dalam membuat keputusan melibatkan dasar negara terutama membabitkan rakyat.

Semalam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengesahkan mengenai surat penamatan penugasan kawalan keselamatan di pusat-pusat khidmat komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara yang tular dalam media sosial.
……………..

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diberi peringatan tidak menamatkan perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy menegaskan kerajaan hari ini tidak sepatutnya angkuh dalam membuat keputusan melibatkan dasar negara terutama membabitkan rakyat.







Raggie juga mendakwa pihaknya sudah mendapat maklumat yang ‘sahih’ tentang penamatan ‘Penugasan Kawalan Keselamatan Pusat-Pusat Khidmat Komuniti Rela atau PKKR sejak beberapa minggu lepas.

“Mengapa ada pihak-pihak atasan yang cuba membubarkan RELA?, soalnya.

“Apa yang ditakutkan oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad yang memang bertujuan untuk menubuhkan republik di Malaysia dengan beransur-ansur memusnahkan UMNO, Barisan Nasional, apa yang diinginkan ialah satu republik one party system dan mereka khuatir RELA ini akan beransur-ansur menjadi the third force

“Jadi telah dikeluarkan satu arahan rahsia supaya RELA ini dibubarkan.

Sepatutnya pada sidang media ada wakil dari RELA yang akan hadir tetapi kami mendapat maklumat bahawa mereka diberi amaran sekeras-kerasnya supaya tidak hadir,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengesahkan mengenai surat penamatan penugasan kawalan keselamatan di pusat-pusat khidmat komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, menurut Rela dalam satu kenyataan, surat tersebut hanya mengenai penamatan penugasan dan bukannya melibatkan pemotongan elaun kepada semua ahli Rela.

Dalam surat yang bertarikh 30 Julai lalu itu memaklumkan bahawa pengurusan tertinggi Rela telah bersetuju agar semua penugasan berbayar anggota Rela di 98 PKKR ditamatkan berkuat kuasa 1 September ini.




Surat tersebut yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Operasi Rela, Mohamad Razib Buhaini bagaimanapun tidak menghalang sebarang penugasan yang dibuat di PPKR secara sukarela tanpa melibatkan bayaran elaun.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, penugasan rondaan keselamatan tersebut telah diwujudkan sejak Januari tahun lalu untuk membantu memelihara keselamatan setempat.


Jelasnya, penugasan tersebut yang melibatkan tugasan meronda dan bersifat sementara melibatkan sebanyak 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.
……………………………




……………………………
https://youtu.be/7IEuLlZaD3Y

Malaysia bakal menuju sistem Republik?

……………………………

http://pakdin.my/tag/rela