Rejim PhDAP takutkan pengguna media sosial

Minggu lepas, kerajaan PH mahu undang-undang baru untuk memberi kuasa kepada mereka untuk padam status FB, Twitter dan Instagram Rakyat Malaysia.

Hari ini, mereka mahu undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pemilik portal berita dan laman media yang membolehkan Rakyat untuk membuat komen-komen yang mungkin berbentuk hasutan atau kurang sensitif.

Jika undang-undang ini diluluskan maka hampir semua portal berita dan laman media tidak akan lagi membenarkan pembaca mereka untuk meninggalkan komen.

Mereka juga tidak akan berkongsi berita baru di page media sosial mereka.

Forum-forum seperti LowYat pun akan tutup.

Ini ialah kerana portal berita dan laman media tidak akan berjaya untuk mengawasi semua yang memberi komen setiap hari.

Mana mungkin boleh baca dan kawal setiap komen?

Dulu, PH sering melaungkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Janji ini turut ada dalam manifesto mereka.

Mereka berjanji bahawa mereka tidak akan membenarkan apa-apa undang-undang baru yang boleh menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara Rakyat.

Dulu, PH sering bertegas bahawa undang-undang sedia ada sudah cukup.

Hari ini, PH mahu capatikan lagi janji-janji mereka di dalam satu lagi usaha untuk menyekat kebebasan Rakyat.

Facebook Najib Razak


Sehingga mahu menakut-nakutkan portal berita.

http://pakdin.my/tag/media-sosial




https://i2.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/03/20190312-skmm-padam-komen.jpg?fit=600%2C400&ssl=1