Wanita bebas pilih, bincang isu tudung, "hanya sehelai kain atas kepala" kata Latheefa Koya

Wanita harus bebas memikir dan memilih sama mereka mahu bertudung atau sebaliknya kerana pemakaian itu tidak “mencerminkan akhlak yang mulia”.

Merujuk forum “Wanita Melayu dan Buka Tudung”, peguam Latheefa Koya berkata perbincangan isu buka atau pakai tudung juga tidak menjadikan penonton “terus luntur imannya”.

“Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung. Tidak bermakna orang yang dengar atau hadiri forum itu akan terus luntur imannya,” katanya di Facebook hari ini.

“Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks,” kata bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR lagi.

Tidak setuju Islam hanya berasaskan pemakaian, Latheefa berkata tudung pada zaman ini “hanya sehelai kain atas kepala” yang belum tentu menjadikan seseorang “alim”.

Sabtu lalu, Gerak Budaya menganjurkan forum itu sempena pelancaran buku Unveiling Choice karya aktivis Maryam Lee Abdullah berkaitan pengalaman menanggalkan tudung.

Menerima kecaman pelbagai pihak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan.





https://i1.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/04/20190417-latheefa-koya-tudung.jpg?fit=600%2C400&ssl=1