Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti mengamal “mentaliti burung unta” dengan tidak mengakui kesalahan selepas kalah pilihan raya kecil (PRK) Rantau.
Merujuk kenyataan Datuk Johari Abdul, Latheefa Koya, bekas ahli majlis pimpinan pusat PKR berkata sikap sedemikian antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Akui masalah (Take your head out of the sand), hentikan mentaliti burung unta,” tulisnya di Twitter semalam.
“Sikap buta realiti beginilah yang menjatuhkan BN. Politik adalah soal mendengar rakyat, bukannya memuaskan ego seseorang.”
Semalam, Johari, ketua whip PH di Parlimen mendakwa, majoriti yang diperoleh Datuk Seri Mohamad Hassan turun berbanding pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Wakil rakyat Sungai Petani menyatakan bekas menteri besar hanya meraih majoriti 4,510 undi tetapi kini mengecil kepada 4,613 undi.
Beliau mempersoal sokongan PAS terhadap BN yang didakwa dapat memberi kelebihan serta majoriti kepada timbalan presiden Umno.
https://twitter.com/LatheefaKoya/status/1117400560058060800?s=19
https://i2.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/04/20190415-mentaliliti-burung-unta.jpg?fit=600%2C400&ssl=1
Beri alasan kalah #PRKRantau, Latheefa kecam Johari ‘mentaliti burung unta’
4/15/2019 11:37:00 AM
Johari Abdul,
Latheefa koya,
Pakatan Harapan,
Pilihan Raya Kecil,
PKR,
POLITIK,
PRK Rantau