Lihatlah gelagat Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semasa menggulung perbahasan RUU Pembekalan Tambahan 2018 tadi.
Ahli Parlimen bertanya dengan cara bersopan-santun, Lim Guan Eng sepatutnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen dengan membuat penjelasan demi menyakinkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Sebaliknya, beliau membuta tuli menyerang Ahli Parlimen pembangkang. Dia memang tak faham bahasa atau sengaja buat tak faham kerana tidak dapat menjawab soalan yang dibangkitkan?
Saya tanya, benarkah Guan Eng mendapat bidaan setinggi RM1.6 bilion untuk penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong? Sila tunjukkan bukti sekiranya ada, termasuk laporan penilaian hartanah tersebut yang mencecah RM1.6 bilion atau HK$3.2 bilion.
Pada waktu yang sama, saya juga kemukakan laporan penilaian hartanah tersebut dan perincian nilai transaksi di sekitar Bangunan Malaysia di Hong Kong. Salahkah saya?
Saya sebut, kalau Guan Eng dapat menjual bangunan tersebut dengan nilai 100% lebih tinggi, ianya wajar DIPUJI dan “standing ovation” harus diberikan kepada beliau. Tapi jika gagal, beliau disarankan meletak jawatan kerana mengelirukan Dewan Rakyat. Adakah kenyataan sebegini dianggap sebagai tohmahan?
Saya cuma berharap Guan Eng sebagai seorang “provisional accountant” dapat membezakan nilai Ringgit dengan Hong Kong Dollar. Itu pun salah?
Saya kecewa kerana Guan Eng semasa menjawab tidak membenarkan saya mencelah dan memohon penjelasan. Takut apa Guan Eng? Berani cakap tak berani tanggung. Akhirnya Timbalan Speaker Datuk Abdul Rashid terpaksa menutup mikrofon saya demi menyelematkan bos lamanya di Pulau Pinang.
LIHAT video: https://youtu.be/ESy1gYJSzXk
#GelagatGuanEngDiParlimen
Facebook Wee Ka Siong
https://i2.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/04/20190403-gelagat-guan-eng-parlimen.jpg?fit=600%2C400&ssl=1