Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan lapan tahun terhadap tiga individu yang merancang untuk menculik orang kenamaan.

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Didakwa kerana berkomplot mempromosi keganasan, mereka juga mahu menculik tiga bekas menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.

Keputusan mahkamah diputuskan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabidin Mohd Diah dan Datuk Has Zanah Mehat secara sebulat suara, lapor Harian Metro.

Semua tertuduh membuat sujud syukur di luar kandang pesalah sebaik sahaja keputusan dibaca. Sebahagian ahli keluarga mereka mengalir air mata dan berpelukan.

Hukuman bermula pada tarikh tangkapan iaitu 5 April 2015. 

https://i1.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/04/20190416-culik-najib.jpg?fit=600%2C400&ssl=1