Pendakwa terpaksa kerja keras sabitkan Najib dengan kesalahan AMLA

1. Untuk berjaya dalam pertuduhan AMLA, beban pembuktian di pihak Pendakwaan sangat berat.

2. Sebagai Peguam Perlembagaan, Tommy Thomas terpaksa membayar upah kepada kawan-kawan Peguam jenayahnya yang lain untuk membantu beliau membuktikan kes ke atas Najib kerana mustahil beliau yang tiada pengalaman dalam kes Jenayah boleh mengetuai pasukan Pendakwaan.

3. Terdapat 3 peringkat untuk membuktikan Najib bersalah dalam pertuduhan AMLA ini. Pertama, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) harus membuktikan kesalahan predikat dahulu seperti kesalahan Pecah Amanah Jenayah. PERINGKAT INI BARULAH DI BUKTIKAN WUJUDNYA SUMBER HARAM DUIT BERKENAAN.

4. Selepas kesalahan predikat di bukti kan, maka peringkat kedua, DPP perlu bukti kan wujudnya perbuatan placement, layering dan integration Wang dari Sumber haram berkenaan. INI ADALAH PERINGKAT MEMBUKTIKAN WUJUDNYA PERBUATAN JAHAT NAJIB (ACTUS REUS) "MENCUCI" DUIT DARI SUMBER HARAM BERKENAAN

5. Dan peringkat Ketiga, adalah pembuktian NIAT JAHAT NAJIB (Mens rea) untuk MENCUCI duit dari Sumber haram berkenaan.

6. Selepas ketiga-tiga peringkat ini berjaya di buktikan, barulah Najib boleh di sabit kan dengan kesalahan AMLA.

7. Gagal 1, Gagal semua. SEBAB ITU TEKANAN DI PIHAK DPP SEKARANG UTK MEMBUKTIKAN 3 ELEMEN DI ATAS.

8. Di peringkat kes pendakwaan ini, Peguam Najib tak perlu buktikan Najib tak salah. Peguam hanya perlu timbul kan keraguan terhadap kes pendakwaan dan meruntuhkan Istana Pasir yang sedang mereka bina.

9. Ini hanyalah penerangan ringkas saya dalam Bahasa yg mudah di fahami oleh orang awam, tak kira berapa rendah bacaan IQ mereka.

10. Kalau anda rasa anda lagi bijak dari Tommy Thomas, jangan meroyan koyak di ruangan komen, esok pergi Mahkamah, pakai tali leher dan jubah Peguam, dan masuk ganti Tommy Thomas.
[adinserter block="6"]
Buzze Azam

http://pakdin.my/src-international

https://i0.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/04/20190416-najib-amla.jpg?fit=600%2C400&ssl=1