25 kes khalwat Ramadan, Jais serbu tiga pasangan bogel

https://i2.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/05/20190525-khalwat-ramadhan.jpg?fit=600%2C400&ssl=1
Tiga pasangan dicekup dalam keadaan berbogel kerana cuba melakukan persetubuhan luar nikah sewaktu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengarahnya, berkata mereka tidak termasuk 25 pasangan lagi yang disyaki berkhalwat ketika serbuan sejak bermula 6 Mei lalu hingga kelmarin, lapor Sinar Harian.

“Ketika ditahan ketiga-tiga pasangan ini didapati tidak berpakaian. Mereka ditahan di hotel bajet dan juga rumah urut sekitar Petaling,” kata Datuk Haris Kasim.

Menurutnya, enam pasangan dicekup berkhalwat di hotel bajet, sementara 19 lagi ditahan di rumah di Petaling, Klang, Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Kertas siasatan terhadap 25 pasangan yang ditahan akan dibuka sebelum kes didakwa di mahkamah, kata beliau.

Semua pasangan berumur 25 hingga 40 tahun,  
“Kita kesal kes khalwat ini masih berlaku dalam bulan Ramadan Sepatutnya bulan ini dihormati dan tiada maksiat dilakukan,” kata Haris semalam.