Kempen “Setahun Malaysia Baharu” oleh RTM adalah kempen sesat, bodoh, tidak demokratik dan keterlaluan

https://i2.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/05/20190520-setahun-malaysia-baharu.jpg?fit=600%2C400&ssl=1
Perkataan Malaysia ditulis seperti fontface Pakatan Harapan adalah satu penghinaan kepada negara ini.

Tidak ada Malaysia baharu, yang ada hanyalah pentadbiran baharu kerajaan. Negara bukan seperti baju yang boleh dibuang dan diganti baharu.

Adakah selepas PH menang mereka mencabut semua infrastruktur dan pembangunan negara oleh pentadbiran sebelum ini? Tidak ada.

Apabila sebut sesuatu yang baharu maka ia tidak berkesinambungan dengan yang lama. Misalnya isteri baharu, baju baharu, dan kereta baharu.

Jadi kebabian apakah mengisytiharkan Malaysia baharu?

Letaklah Setahun Pakatan Harapan mentadbir.
.............
Oleh Ab Jalil Backer