JOHOR BARU: Enam pesakit terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, pagi Selasa.
Ratusan pesakit lagi dipindahkan ke wad lain susulan kejadian itu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menerusi tweet mengenai
tujuh orang terperangkap dalam bangunan dan enam daripadannya telah
terkorban.
Seorang mangsa yang terperangkap dapat menyelamatkan diri.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata
seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik
sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.
"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang
difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan
dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan
sekiranya tiada katil sekali," katanya.
Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan), Assisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa adalah pesakit di ICU yang terletak di tingkat dua bangunan utama hospital itu.
"Lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.kiranya tiada katil sekali," katanya.
Sementara itu seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37, berkata
dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan
berkenaan.
"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.
"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ
diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah
terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh
kakitangan hospital," katanya kepada pemberita.
Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan hospital berada di sekitar kawasan hospital.
Tinjauan Bernama pada tengah hari tadi mendapati persekitaran
hospital sesak dengan kebanyakan pesakit dan kakitangan masih berada di
luar bangunan hospital.
Dalam pada itu Sulaiman berkata ketika kejadian, 294 pesakit dan 193 kakitangan HSA dilapor berada di dalam bangunan sama.
Empat mangsa perempuan dan dua lelaki yang maut itu merupakan antara
tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang lagi iatu pesakit
lelaki berjaya diselamatkan.
"Sementara itu daripada lapan kakitangan yang berada di wad
berkenaan, tiga telah terhidu asap. Jadi kita hantar dua kakitangan
berkenaan ke Hospital Sultan Ismail dan seorang lagi ditahan di sebuah
wad di HSA," kata Sulaiman.
Pesakit lain telah dipindahkan sementara ke wad-wad di bangunan lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata
pesakit yang terjejas sedang dalam proses dihantar ke hospital lain
berdekatan Johor Bahru terutama Hospital Sultan Ismail.
Status dan maklumat terkini kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu.