Malaysia Tidak Pernah Mengeksport Senjata Ke Korea Utara

Saya percaya orang-orang Parti Amanah dan Mariam Mokhtar mempunyai isu-isu yang serius dalam memahami apabila membaca artikel dan berita - atau kemungkinan besar mereka suka 'twist' dan memutar belit.

Mari kita jelaskan. Malaysia tidak pernah mengeksport apa-apa senjata atau perlatan perang ke Korea Utara dan tidak pernah secara sengaja melanggar apa-apa sekatan perdagangan.

Mahathir Mohamad berbaik dengan Korea Utara apabila beliau menjadi Perdana Menteri, sebahagiannya dari matlamatnya untuk menolak Amerika Syarikat.

Dia membenarkan Korea Utara menubuhkan kedutaan di sini pada tahun 2002 dan Malaysia juga menubuhkan kedutaan di Pyongyang.

Syarikat International Golden Services seperti dilaporkan oleh Reuters telah "mengeksport" senjata ditubuhkan pada tahun 2005.
http://uk.reuters.com/article/uk-northkorea-malaysia-arms-insight-idUKKBN1650YG

Mustapha Yaakub telah telah dilantik menjadi salah seorang pengarah di Global System dan International Golden Services, syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2005. Ia adalah amalan biasa bagi syarikat-syarikat asing menggunakan rakyat tempatan untuk menjadi pengarah.

Ianya tidak menyalahi undang-undang ketika itu kerana tidak ada sekatan

Resolusi 1874 PBB hanya dilaksanakan pada tahun 2009 yang dikembangkan kepada sekatan senjata terhadap Korea Utara untuk memasukkan peralatan ketenteraan dan semua "kelengkapan yang berkaitan".

Beliau aktif dalam hubungan antarabangsa pada 1990-an semasa pemerintahan Mahathir dan kini beliau adalah Setiausaha Agung Persatuan Veteran UMNO.

Produk-produk yang diketahui telah di niagakan oleh syarikat ini adalah radio medan perang dan aksesori - bukan senjata.

Radio yang dirampas seperti dalam laporan Reuters itu adalah untuk penghantaran DARI Korea Utara melalui China menuju ke Eritrea - bukan penghantaran KE Korea Utara.

Sejak bilakah Malaysia menjadi pengilang besar atau pengeksport senjata atau peralatan peperangan?

Kita ada kelapa sawit dan kereta Proton, tiada senjata.

Sejak sekatan itu dikuatkuasakan dan dia sedar bahawa radio juga di bawah embargo, Mustapha telah menarik diri daripada syarikat itu dan menutupnya.

Syarikat lain, Glocom dikendalikan oleh cawangan Pyongyang sebagai sesebuah syarikat cawangan yang berpangkalan di Singapura yang dikenali sebagai Pan Systems.

Oleh itu, sebarang tuduhan bahawa Malaysia mengeksport senjata kepada Korea Utara adalah tidak betul.

Tidak pernah Malaysia atau mana-mana rakyat Malaysia - sama ada UMNO atau tidak - yang dituduh melanggar sekatan (embargo).

Lain kali, sila baca dan fahami dengan betul sebelum menuduh.