Jika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh masih hidup kini, adakah beliau akan memeluk Mahathir seperti mana pemimpin DAP yang lain.
Ini adalah kerana sejarah pahit Karpal yang juga seorang peguam ketika menjadi pembangkang ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.
Pada Oktober 1987, mendiang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang dengan dakwaan terlibat melakukan ketegangan kaum di dalam negara.
Karpal dibebaskan pada bulan Mac 1988 selepas membuat permohonan habeas corpus di mahkamah.
Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober oleh Mahathir untuk menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik di Malaysia.
Antara yang ditahan bersama Karpal ialah Lim Kit Siang, Chandra Muzaffar, Datuk Lim Kim Sai dan Datuk Ibrahim Ali. Kali kedua Karpal ditahan.
Kemudian, mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen DAP Jelutong kemudian ditangkap semula kali ketiga di bawah ISA dan dipenjarakan sehingga Januari 1989 di bawah akta yang sama oleh Mahathir.
Karpal Singh adalah seorang yang lantang dan begitu degil jika sudah mula berhujah tidak kira di dalam mahkamah, Dewan Rakyat ataupun dalam temubual media. Beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang kerap dihalau keluar oleh Speaker dan pernah digantung banyak kali di parlimen.
Beliau juga tidak boleh berdiam diri lama jika sudah berasa tidak puas hati dengan seseorang biarpun individu itu adalah dari rakan pakatan atau kerjasamanya sendiri.
Ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat, Karpal dengan lantang mendesak bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertaubat kerana sudah menyebabkan pelbagai masalah di dalam negara ini.
Pada masa itu, Karpal berpendapat Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang kerana ketika itu Anwar mempromosi strategi politik untuk lompat parti.
"Jangan main-main dengan saya, saya katakan dengan sejelas-jelasnya kepada semua, Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai masalah dalam negara ini... Anwar Ibrahim harus bertaubat.
"Saya berpendapat beliau tidak layak memimpin Pakatan Rakyat, saya berfikir pakatan memerlukan seorang pemimpin yang tidak membenarkan kegiatan tidak bermoral seperti lompat parti," katanya pada ketika itu pada tahun 2009.
Kalau Karpal ada lagi, sudah pasti Mahathir akan diminta bertaubat oleh Karpal Singh. Sudah pasti Karpal akan screw Mahathir habis habisan kerana pernah menahannya sebanyak 3 kali di bawah ISA.
Jika dilihat hubungan pahitnya dengan Mahathir selepas disumbatkan ke dalam penjara di bawah ISA, apakah Karpal akan bersetuju dengan DAP yang menjalinkan kerjasama dengan parti PPBM?
Dalam hal hubungan DAP dengan PPBM, banyak penyokong Karpal Singh yang tidak berpuashati dengan Mahathir.
Mereka sudah mula gusar dengan hubungan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan PPBM yang rata-rata dianggotai oleh musuh paling hebat mereka dulu ketika masih dalam BN.
Karpal sudah tiada. Mahathir juga tidak pernah memohon maaf atas apa yang beliau lakukan dahulu terhadap pemimpin pemimpin DAP.
Karpal mungkin akan pergunakan Mahathir jika beliau masih ada. Mahathir yang dilihat memerlukan DAP, bukan DAP yang perlukan Mahathir.
Hari ini, Mahathir terpaksa tunduk dan minta simpati dengan DAP. Kalau Karpal masih ada, sudah pasti dia seronok dan ketawa melihat Mahathir tunduk menjadi macai DAP.
DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan. Mahathir hanyalah watak penasihat sahaja yang tiada apa apa kuasa pun.
Kalau dalam permainan takraw, DAP adalah tekong, PKR adalah "killer" di sebelah kanan dan PAN adalah "feeder" di sebelah kiri. PPBM hanyalah pemain simpanan sahaja.
PPBM hanya disuruh bersorak untuk buat penonton tepuk tangan sahaja. Umpan pengundi Melayu bersorak melihat kampungnya tergadai kena junam dengan roket DAP.
Kalau Karpal Singh ada, malu besarlah Mahathir. Dengan Chen Man Hin, Penasihat Seumur Hidup DAP pun Mahathir sanggup duduk sama, apatah lagi bersama dengan Karpal Singh.
Demi kuasa dan kedudukan, Mahathir membolehkan apa sahaja. "The end justify the means".