Kerajaan Kerjasama Pengendali Media Sosial Tutup Akuan Palsu


Kerajaan bekerjasama dengan pengendali media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi memadamkan akaun palsu yang digunakan untuk tujuan negatif.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata beberapa bukti yang diperoleh telah dikemukakan kepada pihak tersebut bagi membantu mereka memadamkan akaun palsu itu.

“Ada antara akaun palsu ini menggunakan platform luar negara dan sehingga kini kita sudah melakukan perundingan dengan mereka, ada yang sudah diambil tindakan (menutup akaun palsu).

“Bagi akaun palsu yang dihos dalam negara, tiada masalah kita boleh padam terus,” katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sebelum ini, dari Januari hingga Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima aduan awam hampir 1,500 akaun palsu di platform media sosial yang digunakan untuk tujuan negatif termasuk penyebaran berita palsu dan serangan fitnah terhadap pemimpin negara.

Bagaimanapun Salleh tidak menjelaskan secara terperinci berapa jumlah akaun palsu yang sudah dikenakan tindakan kerana perkara itu masih dalam proses siasatan termasuk mendapatkan bahan bukti sebelum mengambil tindakan undang-undang.



******
TIPS MUDAH UNTUK MENGENALPASTI AKAUN FACEBOOK PALSU

1) Gambar Profile:
* Perkara pertama yang kita lihat tentang mana-mana akaun Facebook ialah "Gambar Profail" mereka, Jika anda cari mana-mana akaun Facebook pada senarai "Rakan" anda yang mencurigakan, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah gunakan "Carian Imej Songsang". Ini membantu anda mengetahui sama ada gambar serupa terdapat di Internet. 

Pertama Muat turun "Gambar Profil" akaun yang mencurigakan

* Pergi ke "Carian Imej Google" klik pada "Ikon Kamera 📸" yang menunjukkan carian mengikut imej, klik pada "Muat Naik Imej", sekarang pilih gambar yang telah dimuat turun sebelum ini, setelah selesau muat naik, Google akan menunjukkan kepada anda Imej serupa yang sudah wujud di Internet.


2) Garis Masa (Timeline):
* Garis masa Facebook pada akaun Facebook banyak menggambarkan tentang Profil pemilik. Kebanyakan Profil Palsu mempunyai jantina sebagai "Perempuan", ini tidak bermakna semua akaun Facebook dengan "Jantina Perempuan" adalah Palsu, terdapat banyak perkara lain untuk mengenal pasti Akaun Facebook Palsu.

* Jika folder foto mereka menunjukkan hanya 1 atau 2 gambar yang juga merupakan gambar Selebriti maka akaun tersebut berkemungkinan palsu.

* Jika Pemilik Akaun tidak mengemas kini "Status", atau jika dia mengemaskini, "Komen" tidak menunjukkan komen tersebut kelihatan seperti daripada rakan sebenar beliau atau profilnya tidak memberi komen pada status orang lain, maka kemungkinannya ianya profil palsu

* Tab "Perihal" (About) akan Memberi anda Maklumat lanjut mengenai pemilik profil, jika tab "Perihal" tidak menunjukkan sebarang info mengenai profil orang itu maka ianya adalah petunjuk mengenai profil palsu

3) Tunggu pada 1hb Januari:
* Kenapa Tunggu 1hb Januari untuk mengenal pasti Akaun Facebook Palsu? Pembuat Profil Palsu berkemungkinan besar memasukkan tanggal 1 Januari sebagai hari kelahiran mereka semasa membuat akaun palsu. Jadi pada 1 Januari, Facebook akan Menunjukkan kepada anda orang yang menyambut hari lahir hari ini. Pergi kepada senarai itu dan 'Unfriend' mereka jika anda tidak mengenali mereka secara peribadi.

* Pada januari 2014, saya terkejut melihat 28 orang menyambut hari jadi mereka, dan saya lakukan seperti di atas.


4) Profil Perempuan:
* Kebanyakan profil palsu dicipta dengan "Identiti Perempuan" dan dengan wajah cantik sebagai gambar profil, anda juga boleh menemui paparan nombor telefon. Perempuan terutama gadis remaja tidak akan berkongsi nombor telefon mereka kepada umum.

* Profil seorang perempuan dengan ramai "Rakan" dan "Pengikut" menunjukkan Profil Palsu.

Ini adalah beberapa petua untuk Mengenal pasti Akaun Facebook Palsu yang saya ingin kongsikan dengan anda, jika anda menemui profil palsu maka anda dan rakan anda boleh melaporkannya kepada facebook.