Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan wujud perancangan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekurang-sekurangnya sejak tiga tahun lalu.
Mukhriz hari ini memberitahu mahkamah, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah membuat perancangan itu sejak 2014.
Mukhriz turut memberitahu mahkamah, kedua-dua Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah sebahagian dari kumpulan yang merancang menggulingkan Najib namun menolak ia sebagai konspirasi.
Bekas menteri besar Kedah berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman sivilnya terhadap setiausaha akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.
Ketika ditanya oleh peguambela defendan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos sama ada bekas perdana menteri itu sudah memulakan usaha untuk mengguling Najib sejak 2015, Mukhriz mengesahkannya malah turut memperbetulkan tarikhnya dengan berkata ia sudah bermula sejak 2014.
Adakah Mukhriz faham apa itu konspirasi?
Anda merancang dan melakukan sesuatu di belakang tabir tetapi berpura-pura baik dan menyokong di depan masyarakat tetapi pada masa sama, mensabotaj, merencanakan perancangan dan menikam belakang.
Dan itu bukan konspirasi?
Dengan pengakuan Mukhriz di mahkamah bahawa wujudnya plot didalangi Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk menggulingkan Najib sejak 2014, sesiapa pun tidak boleh berkata bahawa Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie disingkir dari Umno secara salah kerana mempersoalkan 1MDB.
Jika anda berkonspirasi dengan orang lain untuk menggulingkan bos anda, siapa pun tidak boleh menyalahkan bos anda kerana menyingkirkan anda dan rakan anda.
Maka, hentikan alasan jelek anda kononnya anda disingkir kerana hanya bertanya soalan kepada bos anda.
Anda tahu apa yang anda lakukan dan memang patut anda kena.
Saya telah bercakap mengenainya sejak beberapa tahun ini dan sentiasa berpendapat yang serangan dari Dr Mahathir dan Muhyiddin terhadap Najib bukan disebabkan 1MDB atau Malaysia akan muflis atau apa jua yang dituduh mereka ketika ini.
Semuanya bermula selepas pemilihan Umno di mana Mukhriz kalah tipis dan Dr Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anaknya.
Menurutnya, ‘dana presiden’ diketahui oleh Dr Mahathir serta Muhyiddin dan kemungkinan besar kedua-duanya turut menerima dana berkenaan bagi kempen Pilihanraya Umum ke-13.
Lihat video disini: https://youtu.be/53m88oe0tw0
Ia juga adalah penyebab mengapa pada Jun 2014, Muhyiddin membuat kejutan dengan menentang pemilihan parti biarpun sebelum itu secara tegas mahukan ia diadakan.
Beliau (Muhyiddin) mungkin menyangka Najib digulingkan maka Muhyiddin dapat menjadi Presiden tanpa perlu bertanding menentang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini Naib Presiden, di mana dijangkakan Muhyiddin mungkin akan kecundang.
Mereka tahu yang Wall Street Journal (WSJ) akan menyiarkan perincian mengenai RM2.6 bilion seminggu selepas bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti kerana mereka adalah pihak yang membocorkannya kepada media barat, disebalik mengetahui bahawa dana itu digunakan untuk parti dan bukan untuk poket Najib.
Mereka juga adalah kumpulan yang mengerahkan ‘macai’, Kharuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk menjelajah ke seluruh dunia untuk membuat laporan.
Golongan ini adalah berbahaya kerana tidak kisah untuk menjahanamkan reputasi Malaysia, mensabotaj ekonomi kita, bersekongkol dengan kuasa asing, menggunakan jentera dalam kerajaan hanya untuk menggulingkan Najib dan merampas kuasa.
Sebagaimana ditulis Mahathir hari ini, golongan ini akan membuat pusingan U sebanyak mungkin yang diperlukan bagi meraih sokongan demi usaha mereka untuk mendapatkan kuasa namun tidak mengakui pusingan U yang mereka sendiri lakukan. Mereka adalah manusia yang tidak jujur.
Lihat sini: https://malaysiakini.com/news/388455
Manusia seumpama ini perlu disingkirkan dari arena politik kerana mereka tidak boleh dipercayai dan tidak peduli kepada sesiapa kecuali diri mereka sendiri dan keangkuhan ego mereka.
Mereka tidak peduli akan reputasi Malaysia dan ekonomi negara kita dijahanamkan ekoran konspirasi dengan kuasa negara asing dan media barat.
Reputasi dan masa depan negara ini serta kebajikan rakyat bukanlah keutamaan mereka.
Apa yang mustahak buat mereka adalah apa yang dicapai untuk diri mereka dan ego.
Kita perlu hentikan dan singkirkan manusia licik yang menikam belakang dan tamak ini.
Kini penyokong PPBM baru tahu yang mereka hanya dipergunakan demi nafsu tamak pemimpin mereka.
Perjuangan? Ini langsung tidak ada kena mengena dengan perjuangan kecuali untuk tembolok politik mereka sendiri.
Mukhriz menyaman Tengku Sarifuddin pada Mei 2016 berikutan sindiran bahawa bekas menteri besar Kedah itu gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri.
Mukhriz dalam kenyataan tuntutannya mendakwa kenyataan Tengku Sarifuddin membawa gambaran bahawa beliau terlibat dalam satu plot didalangi Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk mengguling kerajaan yang dipilih mengikut perlembagaan.
****
Rujukan:
'Mukhriz Mengaku Mahathir, Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib' http://pakdin.my/mukhriz-mengaku-mahathir-muhyiddin-rancang-jatuhkan-najib/
'Dr M: I made a U-turn to destroy Najib, not out of fear for Anwar' https://malaysiakini.com/news/388455
Video - Saya Tidak Terlibat Komplot Jatuhkan Kerajaan & PM - Muhyiddin: https://youtu.be/53m88oe0tw0
'Kronologi ‘Save Malaysia’ Mahathir – Selamatkan siapa sebenarnya?' http://pakdin.my/kronologi-save-malaysia-mahathir-selamatkan-siapa-sebenarnya-update/