Mungkin Orang Tua Itu Akan Setaraf Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya, Chin Peng. 

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng diisytiharkan sebagai wira negara dan dianugerah Order of the British Empire (OBE) dan juga dianugerah dua pingat kerana perkhidmatannya kepada Kerajaan Malaya dan rakyatnya kerana peranannya dalam menentang penjajah Jepun.

Kemudian, Chin Peng berpaling tadah dari Kerajaan Malaya dan rakyat berjuang menentang kerajaan, sabotaj negara dan menyusahkan negara dan rakyat yang sebelum ini memuji beliau sebagai wira negara.

Gelaran pahlawan nasional Chin Peng ditarik balik. Gelaran kehormatan dan pingat juga di tarik balik. 

Begitu juga, seorang negarawan yang memerintah selama 22 tahun pernah dianggap sebagai negarawan oleh kerajaan dan rakyat. Beliau juga diberi gelaran kehormatan Tun.

Kemudian, dia berpaling menentang kerajaan dan membelakangkan kerajaan, berterusan bekerjasama dengan kuasa asing untuk mensabotaj negara, menjemput campur tangan asing terhadap negara dan melalui sabotaj berterusan, secara berterusan menyusahkan negara dan rakyat yang sebelum ini telah menggelar beliau sebagai wira negara.

Hasil akhir "kenegarawan" beliau adalah kita mendapati dia telah melesapkan RM100 bilion hanya dalam satu skandal sahaja manakala dia dan seluruh keluarganya terlibat dalam 488 syarikat manakala seorang daripada anaknya menjadi Melayu kedua terkaya.

Sebelum nak melenting marah membaca ini, sila lihat siapa "pengkhianat": https://youtu.be/jQPG6jBQRGA

Jika anda pernah menjadi "pahlawan", ini tidak bermakna anda akan selama-lamanya menjadi pahlawan.