ROS tidak mengambil masa 4 tahun untuk memberitahu DAP untuk mengadakan pemilihan semula. DAP yang tidak mengikut arahan ROS dengan betul selepas 4 tahun.
Ini buktinya:
Pada bulan Julai 2013, Pendaftar Pertubuhan telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula berikutan aduan mengenai percanggahan yang dibuat oleh ahli parti.
Pada 28 September 2013, Pendaftar Pertubuhan memberi amaran kepada DAP untuk mematuhi keputusan mahkamah semalam untuk mendapatkan pengesagan untuk mengadakan pemilihan baru pada hari berikutnya pada 29 September 2013.
Pendaftar Pertubuhan berkata demikian sebagai tindak balas kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bahawa keputusan mahkamah untuk membatalkan saman yang difailkan oleh A. David Dass bermakna mereka mempunyai hak untuk mengadakan pemilihan melalui kongres khas. Bercakap kepada pemberita selepas keputusan mahkamah, Lim menuduh Pendaftar Pertubuhan tidak mengetahui undang-undang.
Menegaskan bahawa perkara mahkamah adalah terhad antara DAP dan salah seorang anggotanya, Pendaftar Pertubuhan berkata peranannya adalah untuk memastikan peraturan parti tidak dilanggar.
"Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan CEC perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan.
"Jika DAP berkeras dengan niat untuk mengadakan pemilihan baru pada hari Ahad dalam kongres khas, mereka perlu menukar perlembagaan parti mereka terlebih dahulu," katanya.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/09/28/tug-of-war-between-dap-and-ros-continues/
Oleh itu, Pendaftar Pertubuhan sudah MEMBERIKAN AMARAN AWAL kepada DAP bahawa pemilihan semula mereka adalah tidak mematuhi perlembagaan kerana dokumen-dokumen yang berkaitan tidak diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan mengikut masa DAN tempoh notis minimum 10 minggu tidak dipatuhi.
Pada 2 September 2013, Pendaftar Pertubuhan juga mengesahkan bahawa tiada dokumen telah dikemukakan kepada mereka dan memberi amaran kepada DAP yang sepatutnya 'mematuhi prosedur' dalam pemilihan semula.
https://malaysiakini.com/news/240025
"Saya tidak terima apa-apa. Mereka hanya memberitahu media apa yang mereka mahu lakukan," kata Abdul Rahman hari ini.
Beliau juga mendesak parti itu menghantar dokumen berkaitan kepada ROS.
On 5th Sept 2013, DAP said they will comply with the ROS request and WILL submit their documents.
Pada 5 September 2013, DAP berkata mereka akan mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan dan AKAN menghantar dokumen mereka.
http://freemalaysiakini2.blogspot.my/2013/09/dap-accedes-to-ros-request-for-letter.html?view=flipcard
Saya tidak tahu sama ada mereka akhirnya telah hantar atau tidak tetapi apa yang saya tahu ialah 5 september 2013 adalah KURANG daripada 10 minggu yang diperlukan untuk menghantar notis pemilihan semula pada 29 September 2013.
Kesimpulannya ialah bukan ROS yang mengambil masa 4 tahun untuk meminta DAP untuk mengadakan pemilihan baru tetapi DAP yang belum memenuhi syarat ROS selepas 4 tahun walaupun sudah memberi amaran awal bahawa pemilihan September 2013 adalah tidak sah.
*****
Rujukan:
19 Mei 2016:
Zahid jelaskan punca kelewatan siasatan ROS terhadap DAP
---
28 Oktober 2015:
ROS masih menyiasat pemilihan semula DAP 2013 - KDN
4 Oktober 2014:
ROS kata CEC DAP belum diiktiraf