Pada pertengahan bulan April lepas, Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them".
Inilah cara Mahathir, kaedah Machiavelli untuk jatuhkan pesaingnya dan gunakan strategi Nazi, Joseph Goebbels untuk indoktrinasi rakyat dan pengikutnya.
Hari ini Mahathir sudah menjadi Pengerusi kepada Pakatan Harapan. Kalau dilihat betul betul, banyak kenyataan yang dibuat Mahathir sejak balik beraya di London ini, banyak yang mengelirukan sahaja berbanding kebenaran.
Inilah juga yang menjadi ikutan pengikut pengikut Mahathir dan pembangkang di media sosial. Mereka suka menyebar cerita tidak betul hanya bertujuan untuk kelirukan rakyat dan buat rakyat marah pada kerajaan sahaja.
Viral baru baru ini tentang gambar fitnah mesyuarat UMNO tidak mendapat sambutan menerusi paparan gambar kerusi kosong dalam dewan. Gambar yang sama digunakan oleh facebooker pembangkang bernama The Kedah Report, Srikandi Malaya dan Iwan Mohd.
The Kedah Report sebut mesyuarat pemuda UMNO di Kedah tiada sambutan, Srikandi Malaya sebut mesyuarat UMNO di Jasin Melaka tiada sambutan dan Iwan Mohd kata mesyuarat UMNO di Sungai Pinang, Pulau Pinang.
Gambar sama tetapi guna tiga lokasi berbeza. Ketiga tiga tuduhan itu adalah bohong dan tidak betul. Kemudian viral pula cerita bohong pasal ambulans. Facebooker parti bunga memfitnah kononnya harga sebiji ambulans sampai RM400,000 ke RM500,000 sebuah.
Tuduhan itu adalah tidak benar. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, jumlah yang dibelanjakan oleh pihak kementerian untuk perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja.
Tambahan beliau separuh daripada ambulans tersebut merupakan ambulans berspesifikasi penuh yang dilengkapi dengan peralatan perubatan moden antaranya Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.
KKM turut memaklumkan sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulan telah diperoleh dengan nilai RM389 juta. Tegas Dr. Chen, beliau berharap agar fakta sebenar tidak diputar-belitkan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat. Inilah cara pembangkang untuk membuat rakyat marah pada kerajaan sahaja.
Semalam pula, ada penyokong tegar Mahathir iaitu Syed Hassan dari Perkasa menuduh majlis pecah tanah ECRL yang dihadiri oleh Perdana Menteri penuh dengan banner, tulisan Cina dan diacarakan majlis dalam bahasa Cina. Seolah olah Malaysia sudah dijajah oleh China.
Kenyataan karut Syed Hassan ini adalah tidak benar, terus disangkal oleh mereka yang hadir pada program tersebut.
"Saya ada di sana tadi, tidak ada sampai macam itu sekali (seperti yang dituduh Perkasa kononnya Malaysia kena jajah dengan China), apa yang saya nampak identiti Melayu tetap diutamakan" ulas En Kamali Fauzi, seorang pegawai kanan kerajaan di Pahang yang hadir pada majlis perasmian ECRL tadi.
Ujarnya lagi, semua penyambut tetamu wanita warga Cina pakai baju kebaya Melayu. Pengacara wanita dari negara China pun pakai baju kebaya Melayu dan cuba berbahasa untuk Melayu. Malah pengacara itu cuba untuk berpantun lagi.
Pembohongan paling besar yang dibuat oleh puak puak pembangkang sudah terbongkar di mahkamah London pada 2 Ogos lepas. Mahkamah London sudah menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap Datuk Seri Najib dan PAS adalah fitnah semata mata.
Claire Brown diarah oleh Mahkamah London untuk membayar £15,000 (RM83,719) kerana kesalahan memfitnah. Pihak pembangkang di Malaysia, terutamanya Mahathir dan Tony Pua yang pernah berkomunikasi dengan Claire Brown seolah mahu cuci tangan dan melepas tengkuk sendiri bila Claire Brown didapati bersalah.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS juga sudah bersetuju dengan penjelasan mengenai 1MDB yang dibuat oleh Arul Kanda. Yang melompat adalah DAP, mereka takut bila PAS sudah tahu 1MDB bukanlah isu sebenar, ianya adalah sekadar pembohongan pembangkang semata mata untuk jatuhkan Datuk Seri Najib.
Bagai irama dan lagu, pembangkang dengan kisah persepsi dan pembohongan berpisah tiada. 14 November 2016, Rafizi Ramli sudah dihukum penjara 18 bulan kerana kesalahan buat cerita bohong dan tipu.
Sekarang ini sibuk merayu di mahkamah. Masa buat fitnah dulu, kenapa tidak semak dan fikir habis habis dulu? Dah kena lokap baru hendak menyesal dan merayu.
Dah lebih 30 kali, Rafizi kantoi buat cerita palsu. Oleh itu, penyokong pembangkang usahlah seronok sangat hendak memfitnah dan meracuni pemikiran rakyat dengan cerita cerita palsu.
Kalau masuk ke lokap dan bersalah di mahkamah, tiada siapa hendak tolong pun. Tengoklah nasib Claire Brown, pembangkang di Malaysia tidak beri duit pun pada dia. Fitnah sama sama, lokap masing masing.
Inilah strategi pembangkang di Malaysia, bukan berhujah politik secara matang tetapi mencari undi dengan cerita bohong dan persepsi sahaja.