Sebanyak 20 orang termasuk enam kanak-kanak diselamatkan selepas terperangkap dalam arus deras di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.17 petang itu, keluarga tersebut sedang berkelah di tebing sungai berkenaan apabila arus sungai tiba-tiba menjadi deras.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Alimaddia Bukri berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dengan diketuai Komander Operasi, PBK II Yusof Md. Ali dikejarkan ke tempat kejadian.
“Bomba mengambil masa hampir sejam untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang berusia lingkungan tiga hingga 30 tahun tersebut.
“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja operasi tamat kira-kira pukul 6 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.