Azmin jaga peneroka atau jaga syarikat kroni?

Lepas ini kita lihat apa pula akan jadi pada tanah bekas Felda Sungai Buaya yang telah di rampas oleh Kerajaan Negeri Selangor.

-------------

- 20 tahun dulu bila harga tanah peneroka RM4 sekaki
persegi, pampasan dijanji RM180,000

- 20 tahun kemudian harga tanah MB Azmin kata tanggungjawab dia di Ijok adalah menyelamatkan peneroka dan bukannya syarikat besar.

Pejabat MB kata harga dibayar kepada 1,000 peneroka2 untuk tanah-tanah mereka itu ialah RM95,000 satu ekar bersamaan dengan RM2.18 satu kaki persegi sahaja - walaupun harga pasaran kini antara RM40 satu kaki persegi hingga RM65 kaki persegi.

Pejabat MB kata harga yang peneroka dapat ini -samada baik atau tidak - bukan hal kerajaan Selangor ataupun MB kerana ini dunia kapitalisme.
https://www.malaysiakini.com/news/413203

Dua Syarikat kroni yang gagal itu jual tanah peneroka dengan harga RM12.34 satu kaki persegi kepada suatu syarikat awam.

Dua Syarikat kroni itu diselamatkan kerana kaut RM10.16 satu kaki persegi dan bagi balik RM2.18 kepada 1,000 keluarga peneroka2.

Adakah ini keadilan di dalam kerajaan "Keadilan" Selangor?

Adakah benar bahawa tanggungjawab Azmin untuk peneroka2 dan bukan kepada syarikat-syarikat kroni?

Lu fikir sendiri.

Mohon share dan viralkan untuk tujukan soalan ini kepada Azmin Ali dan kerajaan Keadilan Selangor.


LSS.