Malaysia Baru yang silap percaturan, bayaran emolumen pencen dan pentabiran yang disalahkan

Definasi "Malaysia Baru" bermaksud Malaysia yang lebih baik pencapaianya dari Malaysia yang sebelum ini, ianya perlulah ada peningkatan atau pun setidak-tidaknya mengekalkan momentum sedia ada.

Namun "Malaysia Baru" hari ini terus mencatat kerugian demi kerugian, untuk

1. Pelaburan Langsung Asing (FDI) Rugi RM9.2 bilion untuk suku pertama PH.

2. Lebihan Dagangan Antarabangsa Rugi RM7 bilion suku pertama PH.

3. Perlaburan Portfolio Rugi RM38.3 bilion

Dari 3 sub-sektor ini "Malaysia Baru" telah kerugian hampir RM54.5 bilion, jadi tidak hairan kenapa Rizab Antarabangsa Negara berkurangan sebanyak RM23.78 bilion.

Mungkin sebab ini jugak hari ini untuk membayar emolumen pencen dan pentabiran telah menjadi satu bebanan kepada "Malaysia Baru" sedangkan 'obligation' ini tidak pernah menjadi satu bebanan kepada kerajaan sebelum ini.

.........................

'HARAPAN sukar capai belanjawan berimbang dalam masa terdekat'

https://www.malaysiakini.com/news/440558

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi gambaran bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka membentangkan belanjawan defisit untuk beberapa tahun akan datang.

"Mencapai belanjawan berimbang adalah matlamat yang hendak laksanakan, tapi sukar untuk dicapai dalam situasi kewangan yang agak mengongkong dan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

"Bukan saja sukar pada tahun depan tapi pada beberapa tahun yang akan datang," katanya kepada Dewan Negara hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan T Chandra Mohan (HARAPAN) yang menggesa kerajaan memperkenalkan belanjawan berimbang dan memberi peruntukan lebih bagi pembangunan.

Dalam penggulungan perbahasan di Dewan Negara berhubung Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan) 2018, Lim bersetuju dengan saranan Chandra.

Selain menyorot kekangan untuk mencapai belanjawan berimbang, Lim juga mengakui kesukaran untuk kerajaan mengimbangi perbelanjaan untuk pengurusan dan pembangunan.

Antara lain, kata Lim, adalah kerana hampir 40 peratus belanjawan itu akan digunakan untuk emolumen pencen.

Jumlah berkenaan, kata Lim, adalah perbelanjaan tetap yang perlu diperuntukkan sebelum kerajaan persekutuan merancang program lain.

"Kita jangka peruntukan untuk emolumen dan pencen akan melebihi RM100 bilion tahun depan.




*Share, Like, Comment Via :*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2215020048526149&id=100000545255174