Kenyataan Media Peguam kepada Dato Hasanah Abdul Hamid, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM.
1. Ketika di mahkamah semalam, semasa pendengaran permohonan reman oleh SPRM terhadap anakguam kami, kami telah di nafikan untuk memperolehi sebarang maklumat berkaitan penyiasatan SPRM ke atas anakguam kami atas alasan kononnya jika di bekalkan maklumat tersebut kepada kami, ianya akan mengganggu proses siasatan dan mungkin akan menyebabkan gangguan kepada saksi2 lain atau menyebabkan apa2 bukti kes di hapuskan.
2. Kami memahami "alasan" yang di berikan oleh Pegawai Penyiasat SPRM berkenaan dan menghormatinya.
3. Namun pada hari ini, kami di kejutkan dengan pengumuman demi pengumuman yang di buat oleh SPRM kepada media iaitu berkaitan rampasan duit USD6.3 juta yang di katakan dari sumber timur tengah melalui anakguam kami.
4. Kami terkejut dengan "pendedahan maklumat siasatan" oleh SPRM sendiri kepada pihak media dan berita ini di sensasikan media sehingga memprejudiskan hak anakguam kami untuk membela diri.
5. Bukankah pendedahan melalui media ini akan menjejaskan siasatan oleh SPRM sendiri dan mungkin beberapa jejak bukti akan di musnahkan oleh orang yang belum di tangkap dan mungkin akan menyebabkan mrk melarikan diri apabila mereka telah mendapat maklumat percuma dari media bahawa penyiasatan ke atas anakguam kami adalah berkaitan dengan urusan rasmi antara mereka selama ini.
6. Jika SPRM merahsiakan daripada kami semua maklumat ini atas alasan "boleh mengganggu siasatan", mengapa SPRM boleh pula membocorkan " bukti siasatan" kepada media?
7. Adakah menjadi trend agensi penyiasat sekarang ini untuk mendedahkan semuanya di media untuk di perdebatkan oleh "rakyat hakim negara" yang tak mengetahui hujung pangkal kes ini?
8. Ketika di soal Majistret semalam di mahkamah, Dato Hasanah secara terbuka memaklumkan kepada mahkamah bahawa tugas2 beliau ketika menjadi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi dan beliau tidak boleh mendedahkan sebarangan maklumat berkaitan tugas rasmi beliau kepada SPRM.
9. Kami memahami adalah fokus utama Kerajaan Malaysia Baru untuk membuka seberapa banyak pekung pentadbiran kerajaan lama dan pendedahan sensasi melalui media massa adalah cara yg kerap di gunakan.
10. Seseorang itu tidak bersalah selagi belum di sabitkan kesalahan oleh Mahkamah.
11. Setakat hari ini, Dato Hasanah dan 7 orang lagi pegawai beliau yang sedang di tahan reman BELUM DI TUDUH MELAKUKAN APA2 KESALAHAN DI MAHKAMAH.
12. Jadi setiap spekulasi yang melibatkan kesemua anakguam kami adalah tidak berasas buat masa ini kerana siasatan masih berjalan dan belum selesai.
13. Kami akan memantau keghairahan SPRM mensensasikan segala2nya di media ini dan pastinya kami telah bersedia untuk membela kesemua anakguam kami mengikut hak mrk yang di jamin perlembagaan berdasarkan tugasan rasmi mrk sebagai penjawat awam yang telah bertindak menurut perintah.
Sekian terima kasih.
8.20 pm
30 Ogos 2018
............................
Berita berkaitan:
LIHAT video:
https://vimeo.com/287499094