Cef selebriti Adamdidam meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru

https://i1.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/05/20190519-chef-adam.jpg?fit=588%2C400&ssl=1
Cef selebriti dan pengacara Adamdidam meninggal dunia pukul 5 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.

Adam, nama sebenar Adam Mahamed Ismail, 29, menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya di Kota Baru, Kelantan, lapor mStar Online.

“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar,” catat sepupunya Natasha Amran di Instagram.
“Al-fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solehin.”

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot, dan jenazahnya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Lemal di Pasir Mas.

Menang tempat ketiga pertandingan memasak Hero Oven musim kedua, Adam kemudian menjadi pengacara dan pelakon Dapur Kongsi.

Sebelum itu, Adam terkenal di media sosial kerana kemahirannya memasak dan sering muncul bersama tiga anak saudaranya Omar, Fatimah dan Ali yang menetap di Birmingham, United Kingdom menerusi Instagram thefamily.uk

Fatimah, 5, fasih dialek Kelantan, menang personaliti media sosial paling popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 pada Oktober tahun lalu.