Kes bunuh jururawat: Kenal suspek di media sosial, jumpa sejak Januari

https://i1.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/05/20190519-chef-adam-1.jpg?fit=588%2C400&ssl=1
Polis memaklumkan warga Nigeria yang terlibat kes pembunuhan jururawat Siti Kharina Mohd Kamarudin mengenali mangsa sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata mangsa, 40, mengenali suspek utama Aliwajuwon Gilbertalowonle, 39, melalui media sosial, lapor Astro Awani.

“Dia (suspek) kenal melalui media sosial kemudian datang berjumpa dengan mangsa (Siti Kharina) pada awal bulan Januari,” kata SAC Fadzil Ahmat.

Katanya suspek juga memiliki akses rumah sewa Kharina di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya.

Ketua jururawat Hospital Serdang yang hilang sejak 8 Mei lalu itu ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada Khamis lalu.

Polis menolak pembunuhan itu berkaitan samun. Laporan bedah siasat hospital juga tidak menyatakan mangsa dirogol.